Doa Rabitah

Ya Allah... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Bahwa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan mahabbah kepadaMu, Bertemu untuk taat kepadaMu, Bersatu dalam rangka menyeruMu, Dan berjanji setia untuk membela syariatMu, Maka kuatkanlah ikatan pertaliannya... Ya Allah... Abadikanlah kasih sayangnya, Tujukkanlah jalannya, Dan penuhilah dengan cahayaMu yang tak akan pernah redup, Lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMu, Hidupkanlah dengan ma'rifahMu, Dan matikanlah dalam keadaan syahid dijalanMu... Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.

Friday, March 23, 2012

Paradigma Dakwah


Seorang pemuda berambut hijau, terdapat parut di wajahnya. Mukanya kelihatan bengis. Subang tergantung di sebelah telinganya. Dia memakai baju berlambang tengkorak. Tatu-tatu liar terlukis di tangan. Di lengannya berbalut gelang berduri. Jari jemari penuh dengan cincin-cincin tengkorak. Tali pinggangnya lengkap dengan buku lima. Dengan seluar jeans compang-camping.

Dia datang kepada anda dan berkata...

"Gua nak ikut lu belajar agama. Nak join lu punya usrah."

Ataupun..

"Dude, I wanna convert to Islam."

Apakah persepsi anda kala itu??

Fenomena yang sering berlaku pada seorang daie, lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru menyingkap jalan dakwah dan tarbiah, atau dengan erti kata lain 'darah muda', terlalu memilih untuk buat dakwah. Sebaik sahaja ingin terjun ke medan dakwah, perkara pertama yang difikirkan adalah cari mad'u yang berpotensi. Mungkinkah 'berpotensi' itu didefinisikan dengan seseorang yang rajin solat jemaah di masjid, yang pakai tudung labuh, dan sebagainya. Sedangkan mereka yang berambut warna-warni, bertatu, tidak memakai tudung dan lain-lain dianggap tiada potensi dakwah.

Saya pernah didatangi seseorang yang mengaku hobinya adalah berzina. Sejak dari tingkatan dua dia sudah mula berzina. Katanya setiap 'Friday Night', akan ada anak-anak ayam yang bakal diratah pada hari itu. Suatu hari, dia datang kepada saya dan menceritakan yang dia bermimpi kena azab. Hinggakan bila sedar dari tidur, rasa azab tu masih bersisa. Hakikat kebenarannya hanya dia seorang yang tahu. 

Jika seseorang daie tidak bijak mengubah persepsinya ketika itu, mungkin hasrat dia ingin berubah akan dipersoalkan. Mampu ke dia nak berubah? 

Tidakkah golongan seperti ini sangat-sangat berpontensi? Mengapa saya katakan sedemikian? Kerana mereka mempunyai hasrat ingin berubah. Dan tanggungjawab kita sebagai daie adalah untuk membimbing mereka, bukan mengubah mereka. Sekiranya dia tetap tidak berubah, itu adalah rahsia Allah. Walau secara psikologinya, kita dianggap telah gagal dalam dakwah. Andai anda mengaku diri anda sebagai daie, bersedialah menempuh kegagalan dalam dakwah. Bila anda beri pengisian dalam majlis-majlis ta'lim, 9 orang yang dengar, 3 orang yang akan memberi perhatian, dan hanya seorang yang benar-benar bersedia untuk memberi komitmen. Itulah lumrah dalam dakwah.

"Manusia umpama galian seperti galian emas dan perak. Mereka yang terbaik masa jahiliah adalah terbaik juga masa Islam bila dia faham."

Bukanlah bererti golongan-golongan elit tak boleh dijadikan sasaran. Malah dengan mensasarkan golongan yang berpewatakan menarik, bagus akhlak, cemerlang intelek, besar pengaruh juga merupakan salah satu strategi dalam dakwah. Apa yang ingin disampaikan di sini, bila mana ada seorang jahil yang inginkan Islam, janganlah mensia-siakan dia. Mungkin kerana kesungguhan dia ingin memahami Islam dapat menyumbang saham kita di sisi Allah. 

Suatu perkara lagi yang membuatkan dakwah lambat berkembang. Kerana persepsi daie itu sendiri terhadap kuantiti sasaran mad'u. Yang pergi masjid sikit. Yang disasarkan golongan yang pergi masjid. Bila dah selesai dakwah mereka, tak bermakna kerja dakwah sudah selesai. Sebagai contoh, golongan belia dalam negara terdapat berjuta-juta orang. Apakah sudah habis orang yang hendak didakwah hinggakan seseorang daie itu tidak mahu buat kerja-kerja dakwah? 

Persepsi 'Dakwah Masjid' ini perlu diubah. Dakwah bukan untuk orang yang lemah terjun ke medan masyarakat. 

Kesannya, bila golongan kaki masjid menolak ajakan dakwah anda, secara tak langsung anda akan persoalkan tindakan mereka dengan pelbagai persoalan. Hal ini kerana tekanan yang dialami sang daie yang gagal menawan hati mad'u. Bila dah tak berjaya, jangan putus asa, ramai lagi mereka-mereka yang berpotensi untuk dijadikan batu-batu asas Islam. Kerana itulah dengan memaksa seseorang itu datang usrah, halaqah dan program-program Islami yang lain bukanlah sesuatu tindakan yang bijak. Ianya jelas menunjukkan keadaan si daie yang mendesak dan terdesak. Lebih teruk lagi, berlakulah fenomena 'curi mencuri mad'u'. Daie A curi mad'u dari daie B. Persatuan A curi ahli persatuan B. Jemaah A DF mad'u jemaah B. Akhirnya terganggu proses tarbiah si mad'u. Tidakkah ini salah satu jentera yang merobohkan batu-bata Islam?


Oleh itu, janganlah terlalu memandang luaran dalam memilih mad'u, tetapi pandanglah kesungguhan mereka untuk memahami Islam. Kerana setiap perkenalan itu merupakan peluang dakwah. Wallahua'lam

2 comments:

Related Posts with Thumbnails