Doa Rabitah

Ya Allah... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Bahwa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan mahabbah kepadaMu, Bertemu untuk taat kepadaMu, Bersatu dalam rangka menyeruMu, Dan berjanji setia untuk membela syariatMu, Maka kuatkanlah ikatan pertaliannya... Ya Allah... Abadikanlah kasih sayangnya, Tujukkanlah jalannya, Dan penuhilah dengan cahayaMu yang tak akan pernah redup, Lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMu, Hidupkanlah dengan ma'rifahMu, Dan matikanlah dalam keadaan syahid dijalanMu... Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.

Sunday, November 7, 2010

Bangkitlah ikhwah akhawat...


Salam satu ummah. Kalau dilihat semestar ini, blog In-Soft ini jarang ber'update'. Dimanakah ikhwah & akhawat sekalian? Agaknya busy sangat kot sampai seorang pun tiada masa untuk meng'udate' blog bertuah ini. Tak mengapalah, mungkin mereka semua betul-betul 'busy'. Kita sesama manusia kenalah berbaik sangka.

Liku-liku perjalan kelab In-Soft ini semakin dipenuhi dengan ranjau dan onak duri. Adakah kelab ini masih mampu bertahan atau akan terkubur bila-bila masa sahaja. Oh tidak!!! Setelah para senior dahulu bersusah-payah menubuhkan kelab ini dengan satu tujuan yang suci dan murni, mana mungkin kami generasi baru dengan sewenang-wenangnya membiarkan kelab ini terkubur begitu sahaja.

Perjuangan mendaulatkan Islam dan memperluaskan fikrah Islam agar dominen di kampus UiTM Segamat, Johor ini mesti diteruskan. Ayuh ikhwah dan akhawat sekalian! Bangkitlah kalian. Marilah kita bersama melaksanakan kerja dakwah ini biarpun pelbagai halangan dan rintangan yang datang. Ingatlah, "sesungguhnya berjuang itu memang pahit kerana syurga itu manis".

Marilah kita mantapkan tarbiyah diri kita agar kita dapat memantapkan kembali kelab ini untuk bersama-sama dengan wadah lain di bumi UiTM Johor ini untuk melakukan kerja-kerja dakwah dan mengajak seluruh warganya untuk meletakkan Tuhan sebagai yang pertama dan utama didalam hati mereka.

Kerja ini bukanlah kerja sia-sia. Mudah-mudahan apa yang kita perjuangkan akan mendapat nilaian disisi Tuhan. Semoga keikhlasan, keazaman, dan semangat akan terus mengalir kedalam diri warga In-Soft untuk bersama-sama melaksanakan kerja para nabi ini.


Monday, September 27, 2010

Jenaka, lawak, gurau senda, ketawa.... APA TU???

HADITH :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: ”Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !” (Riwayat Abu Daud)


HURAIAN:


1) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.


2) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.


3) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:

  • Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .
  • Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
  • Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
  • Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
  • Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
  • Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
  • Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.
4) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya akan menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

"Amboi sukanye dia.." Harap-harap tak de lah yang ketawa macam makhluk ni ye..

Monday, August 23, 2010

Sorotan satu semestar, SEM Desember 2009 - April 2010

SOROTAN SATU SEMESTAR

PERHIMPUNAN KARISMA NASIONAL

Tarikh: 25,26 Desember 2009

Tempat: Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara

Beberapa orang ikhwah & akhwat telah menghadiri Perhimpunan Karisma Nasional yang diadakan di Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara. Program ini menghimpunkan seluruh ahli Karisma IPT-IPT di seluruh negara.

Karisma UiTM Segamat atau lebih dikenali dengan nama In-Soft di UiTM Segamat telah menjadi perwakilan dan pembahas untuk perhimpunan kali ini.

DAURAH GUNUNG LEDANG

Tarikh: 9,10 Januari 2010

Tempat: Taman Hutan Lagenda, Taman Negara Johor, Gunung Ledang

JIM Batu Pahat telah menganjurkan program daurah bertempat di Gunung Ledang, Johor. Daurah kali ini disertai oleh beberapa IPT di sekitar Johor antaranya UiTM Segamat, UTHM, Matrikulasi Johor dan lain-lain lagi.

Banyak ilmu dan manfaat yang dapat diambil sepanjang 2 hari program ini. Peserta-peserta telah ditekankan tentang kepentingan usrah dan semangat untuk menyemai fikrah Islam dalam IPT masing-masing.

MALAM PENGENALAN KELAB & PERSATUAN

Tarikh: 18 Januari 2010

Masa: 9.00 pm - 12.00 am

Tempat: Dewan Sri Temenggung

In-Soft tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam Malam Pengenalan Kelab & Persatuan yang dianjurkan oleh MPP UiTM Johor. Dengan tayangan montaj yang menarik dan sedikit ucapan Presiden Kelab In-Soft, alhamdulillah In-Soft telah mendapat penyertaan baru yang amat menggalakkan daripada pelajar-pelajar baru.

MALAM TAUTAN UKHWAH KELAB IN-SOFT

Tarikh: 4 Februari 2010

Masa: 9.00 pm - 11.30 pm

Tempat: SL 104

Sepertimana semester-semestar yang sebelumnya, In-Soft sekali lagi menganjurkan Malam Tautan Ukhwah khas untuk meraikan ahli-ahli baru Kelab In-Soft terutamanya dari kalangan pelajar semester 1. Kedatangan pada malam itu adalah diluar jangkaan.

Ahli-ahli telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Pelbagai aktiviti dilakukan pada malam tersebut seperti sesi taaruf, sedikit permainan, tayangan video dan sesi muhasabah diri. Penasihat In-Soft yang baru iaitu Ustaz Zainodin b. Mustafa telah sudi untuk hadir. Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan ringan iaitu meehon goreng dan air teh buatan Fahmi and the geng.

DAURAH BATU PAHAT

Tarikh: 7 Februari 2010

Tempat: Pejabat Jim Batu Pahat

Beberapa orang ikhwah & akhwat telah berkorban masa, dan wang ringgit untuk mengikuti program daurah di Pejabat JIM Batu Pahat. Walaupun penat mengharungi perjalanan yang agak membosankan selama 2 jam lebih, namun banyak pengalaman yang ditimba sepanjang perjalanan ini. Kata orang “jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman”.

Ikhwah & akhwat bertolak sehari awal memandangkan daurah ini bermula seawal jam 8.00 pagi. Kami telah disambut dengan penuh mesra oleh ikhwah & akhwat Batu Pahat yang kebanyakan mereka adalah pelajar UTHM.

Kami bermalam di rumah mereka dan dilayan dengan penuh kemesraan dan semangat persaudaraan. Esoknya barulah program ini bermula namun kami terpaksa balik awal sebab takut lambat sampai ke UiTM. Huhu. Habis sahaja solat Zohor, kami pun terus cabut sebab takut tertinggal bas.

PEMBUKAAN GERAI SEMPENA MINGGU TERBUKA KOLEJ

Tarikh: 5 Mac 2010

Tempat: Dataran Sri Bendahara

Sempena Minggu Terbuka Kolej (MITEK) UiTM Johor, In-Soft atau lebih tepat lagi Kak Kausar telah mengambil peluang menyewa sebuah gerai jualan dalam MITEK ini. Kak Kausar dengan dibantu ahli-ahli In-Soft yang budiman telah bergilir-gilir membantu menjaga gerai ini.

Antara yang dijual adalah baju, buku, minyak wangi, produk kesihatan, makanan, dan macam-macam lagi.


INI SEJARAH KITA

Tarikh: 6 Mac 2010

Tempat: KERSANI, Segamat

Program Ini Sejarah Kita (ISK) telah diadakan khas untuk ahli-ahli In-Soft bertempat di Kersani, Segamat. Peserta bukanlah diajar tentang sejarah Malaysia atau sejarah dunia, tetapi lebih kepada untuk mengimbau sejarah zaman kegemilangan Islam hinggalah zaman kejatuhannya.

KEM KEINDAHAN BERSAMA-MU (KBM)

Tarikh: 27,28 Mac 2010

Tempat: SL

Sekali lagi Kem Keindahan Bersama-Mu (KBM) berjaya diadakan di UiTM Segamat. Pelbagai halangan dan rintangan terpaksa kami tempuh terutamanya untuk mendapatkan peserta.

Walaubagaimanapun, susah payah kami untuk menganjurkan kem ini terbalas jugak akhirnya apabila melihat sinar keinsafan dalam diri peserta. Semoga sinar keinsafan ini akan terus mekar dalam diri peserta-peserta KBM ini.

USRAH IKHWAH

Tarikh: 11 April 2010

Masa: 9.30 pm -11.30 pm

Tempat: Pondok Kolej Sempana Riau

Ikhwah In-Soft telah berjaya juga akhirnya untuk mengadakan usrah kecil-kecilan yang pertama dan terakhir untuk sem ini. Erm, lebih baik ada daripada tiada. Betul tak? Alhamdulillah, banyak juga manfaat yang dapat diambil sepanjang sesi borak-borak & perkongsian tersebut.

Usrah diserikan lagi dengan majlis makan-makan dan kunyah-mengunyah. Makanan ringan dan ‘jajan2’ yang dihidangkan cukup mengenyangkan. Namun, apa yang lebih penting adalah ilmu yang didapati daripada usrah ini.

DINNER IN-SOFT

Tarikh: 13 April 2010

Masa: 9.30 pm – 11.30 pm

Tempat: SL 219

Satu lagi program yang tidak disangka-sangka dapat dilakukan pada semester ini ialah Dinner In-Soft. Erm, sebenarnya segan nak sebut dinner sebab majlis ini memang tiada rupa dinner langsung. Hanya majlis makan-makan dan borak-borak sahaja.

Apa yang best ialah menu makanan adalah mengikut tema hari raya iaitu nasi impit, kuah kacang, lontong dan lain-lain menu yang entah apa-apa seperti dorayaki, nasi putih, telur dadar dan yang sewaktu dengannya. Tahniah kepada Lukman Nurhakim yang telah mencetuskan idea untuk menganjurkan dinner ini.

Begitulah serba sedikit sorotan sepanjang semester Desember 2009 - April 2010 ini. Banyak kenangan, halangan, rintangan dan suka duka yang dilalui sepanjang semester ini. Semoga Kelab In-Soft akan terus maju, cemerlang, gemilang, dan terbilang dalm usaha menyebarkan dakwah dan fikrah Islam di bumi UiTM Segamat, Johor ini. Buat yang terakhirnya, “MAJULAH IN-SOFT UNTUK ISLAM”.

Monday, April 26, 2010

Bingkisan akhir semestar...

Perjuangan menuntut kesabaran. Sekali berjuang bererti selamanya dalam kepahitan. Islamic Society of United Teenagers atau lebih dikenali dengan nama glamornye IN-SOFT menyusuri wadah perjuangan ini untuk bersama-sama membangunkan fikrah islam didalam kampus UiTM Johor.

Pelbagai halangan dan rintangan yang terpaksa kami lalui untuk terus bertahan dalam wadah ini. Matlamat kami adalah satu, iaitu untuk menyemai fikrah islam di dalam kampus disamping bersama-sama memperbaiki diri untuk menjadi muslim yang terbaik.

Berjayakah kami dalam perjuangan ini? Teringat satu kata-kata atau firman (x sure) yg berbunyi, "Sesungguhnya Allah tidak memandang hasil seseorang tetapi Allah memandang usaha yang telah kita jalankan." Namun, berusahakah kami? Mungkin ya, tapi sejauh manakah usaha itu.

Alangkah indah kiranya dapat hidup dalam satu jemaah yang saling berkasih-sayang, saling bantu-membantu dan nasihat-menasihati dalam perkara kebaikan. Ahli silih berganti. Ada yang masih kekal bersama, tenggelam timbul, tak kurang yang langsung tak muncul-muncul. Dimana silapnya? Teringat satu lagi kata-kata yang biasa kita dengar.. "Yang baik semuanya datang daripada Allah, yang buruk datangnya daripada diri kita sendiri selaku hamba Allah yang hina."

Semestar Desember-April 2010 hampir melabuhkan tirainya. Alhamdulillah, sedikit sebanyak kami berjaya melakukan beberapa program untuk ahli-ahli disebalik kesibukan dan pelbagai masalah serta rintangan. Namun, agak mengecewakan kerana kami kurang berjaya untuk meng'usrah'kan ahli-ahli baru. Moga semestar depan akan lebih baik dan IN-SOFT akan lebih bersemangat dalam menyusuri medan pentarbiyahan ini.

Kepada ahli-ahli IN-SOFT yang baru dan lama, yang tenggelam dan timbul, dan yang tenggelam dan tak timbul-timbul, maafkan kami andai kami tidak mampu menjadi seperti yang apa kalian harapkan. Kami sudah cuba melakukan yang terbaik, namun kami juga lemah dan mempunyai kekurangan.

Kepada barisan penggerak IN-SOFT dan mereka yang pernah secara langsung atau tidak langsung dalam menggerakkan wadah ini, terima kasih yang tidak terhingga atas usaha dan jasa kalian. InsyaAllah ada ganjarannya disisi Allah diatas pengorbanan kalian dalam agamanya. Yang penting ikhlaskan niat, dan teruslah berjuang untuk agama Allah. Andai kita mati dan Allah bertanya, "Apakah yang telah kau perbuat untuk agama-Ku?" Maka kita ada jawapannya.

Teruslah meyokong IN-SOFT sebagai sebuah medan pentarbiyahan untuk diri kita. Kira rapatkan kembali ukhwah yang sedia terjalin, dan teruslah bersama kami untuk kita sama-sama memperjuangkan agama Tuhan ini disamping bersama-sama memperbaiki diri. InsyaAllah.

Thursday, March 25, 2010

PROMOSI: Keindahan Bersama-Mu (KBM)

Kem Banyak Menyanyi..
Kem Banyak Menari..
Kem Banyak Makan..
lagi?

inilah ...





untuk pendaftaran, SMS: [nama] [IC no] [email]

Tuesday, March 9, 2010

untuk yang lupalupa


Cipta dari segumpal darah,
jelma seraut wajah,
rahsia agungnya kudrat Tuhan.

Dan dihembuskan nyawa,
diikatkan janji,
tunduk hanya kepadaNYA.

Namun hakikatnya hidup sarat pesona dusta,
dugaan tuk menguji kehambaan,
tiada tempat berlindung dari fitnah dunia,
selain perlindunganNYA.


Berkurun terukir sejarah alpa,
manusia dihanyut indah yang fana,
terlupa pada fitrah wujudnya,
hanya ditaraf hamba.

Tenggelam pada bisikan dunia,
tak sedar langkah mudik ke sengsara,
tergoda pada hasut sengketa,
rebut fatamorgana.

Telah disuluhkan laluan,
diberi segala pedoman,
seiring akal dan fikiran,
mengapa kehilangan.

Telah tertulis pengakhiran,
pada selembar takdir insan,
jiwan yang penuh penyerahan,
Itu yang dijanji syurga.

Jangan Rebut Fatamorgana,
tapi REMPUH FATAMORGANA ITU.
chaiyokk3..:)

download lagu ini
[unic- hanyut]

Saturday, February 13, 2010

Monday, February 8, 2010

permulaan


mari kawan. tolong doakan jayanya..(:

Saturday, February 6, 2010

bicara iman & yakin

IMAN YAKIN

Kalimah Iman :

Laa ilaaha illa Allah

Nilai Iman :

Sekecil-kecilnya Iman akan dibalas dengan surga 10 kali lipat dunia besarnya

Standar Iman :

Seluruh jasad kita dapat taat kepada Allah, dan terhindar dari perbuatan maksiat.

Puncak Iman :

Tidak terkesan dengan segala suasana tetapi membuat kesan pada setiap suasana

Tanda Iman Betul :

Berkeyakinan bahwa kebahagian hidup di dunia dan di akhirat hanya pada Iman dan Amal sholeh

Tanda Iman Salah :

Berkeyakinan bahwa kebahagian hidup di dunia dan di akhirat hanya mengandalkan kebendaan atau keduniaan

Tanda Iman Kuat :

Selalu melihat kebaikan orang lain dan menonjolkan keburukan diri sendiri

Tanda Iman Lemah :

Selalu melihat keburukan orang lain dan menonjolkan kebaikan siri sendiri

Tanda Iman Meningkat :

Apabila dalam 24 jam mengikuti cara hidup sunnah Rasulullah saw

Tanda Iman Menurun :

Apabila dalam 24 jam kita banyak melakukan perbuatan sia-sia / maksiat

Tanda Iman Sempurna :

Tidak terkesan dengan maju mundurnya keduniaan, tetapi akan merasa rugi dan menyesal apabila ada amal sholeh yang luput atau tertinggal










p/s:

tuan2, siswa/i, saudara/i sekalian...
kejayaan manusia hanya berada di dlm kehidupan beragama,
sejauh mana perintah Allah SWT ditaati dan
sunnah rasullulah SAW diikuti.....('',)

Friday, February 5, 2010

Kelebihan Dakwah Syaitan


Kelebihan Dakwah Syaitan

1. Berdakwah dengan keyakinan yang sempurna.

2. Nishab dakwahnya 11 bulan dalam satu tahun.
Mereka tidak berdakwah pada bulan Ramadhan. Mereka tidak berdakwah di bulan ini bukan karena keinginan mereka, tetapi dilarang oleh Allah SWT.

3. Satu hati. Sesama dai kemungkaran tidak ada perpecahan, permusuhan, saling cela-mencela. Mereka bersatu pada agar tujuan mereka tercapai.

4. Berpengalaman dalam berdakwah. Mursyid dakwah mereka adalah Iblis. Iblis yang berpengalaman menggelincirkan Nabi Adam as. Iblis yang belajar langsung kepada Allah, bagaimana caranya menggoda manusia. Hanya hamba-hamba Allah yang IKHLASH saja yang tidak bisa digoda oleh Iblis dan semua turunannya.

5. Dakwahnya menjadi maksud hidup bukan sambilan dan bukan sarana untuk mencari harta.

p/s:
Atas maksud ini siswa/i, saudara/i yang dimuliakan Allah SWT. berfikirlah sejenak, cuba kita renungkan apakah maksud hidup kita pada hari ini. jika kita berjaya menemukan maksud hidup yang sebenarnya, istighfarlah...mohon ampun sama Allah SWT.

Tuesday, February 2, 2010

Promosi: Malam Tautan Ukhuwah



datang, jangan tak datang. XTVT menarik menanti anda!

Friday, January 22, 2010

tak cukupkah semua?

IN-SOFT dah ada kepimpinan baru
InsyaAllah yang lebih mantap
Yang lebih membuka hati
Yang dapat melembutkan jiwa
[DOA]

JANGAN TUNGGU LAGI DAN DIAM DEPAN SKRIN INI.
BANGUN DAN MENUJU KE ARAH "SUARA" ITU.

Berapa banyak lagi air mata
Berapa banyak lagi luka luka
Yang bisa membuka setiap mata
Bahawa tangan kita telah membuatnya

Berapa banyak lagi pohon tumbang
Berapa banyak derita menyapamu
Berapa banyak lagi bencana
Dan kita menjadi saksi semua

Tak cukupkah semua
Apa yang terjadi
Membuka sang mata
Membuka sang hati

Dan lihatlah semua
Apa yang terjadi
Semua tutup mata
Semua tutup hati

Berapa lama lagi untuk hati
Bersimpuh dan kembali pada Ilahi
Berapa lama lagi untuk
Jiwa tersadar untuk kembali padaNya

p/s: saya tak kata saya bagus, tapi mari fikir.
Related Posts with Thumbnails