Doa Rabitah

Ya Allah... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Bahwa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan mahabbah kepadaMu, Bertemu untuk taat kepadaMu, Bersatu dalam rangka menyeruMu, Dan berjanji setia untuk membela syariatMu, Maka kuatkanlah ikatan pertaliannya... Ya Allah... Abadikanlah kasih sayangnya, Tujukkanlah jalannya, Dan penuhilah dengan cahayaMu yang tak akan pernah redup, Lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMu, Hidupkanlah dengan ma'rifahMu, Dan matikanlah dalam keadaan syahid dijalanMu... Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.

Sunday, November 8, 2009

Tentang Cinta


Seni Berfikir
* Cinta Sejati itu tidak buta. Cinta itu dikurniakan kepada makhluk yang berakal. Kerana cinta memerlukan akal bagi menilainya dari sudut mutu etikanya.

* Cinta itu bukanlah segala-galanya. Walaupun ia penting dalam hidup,iman yang lebih penting dari cinta. Dengan adanya iman, barulah anda boleh mencintai dengan Cinta Sejati. Cinta juga perlu kpd akal kerana cinta tergolong kepada hal nafsu.

* Cinta perlu kepada pedoman atau peraturan. Tanpa pedoman, cinta akan buta dan meraba-raba. Cinta Sejati tidak pernah menolak pedoman dan tidak lupa pada pedoman hidup, iaitu ISLAM.

* Cinta itu amanah. Ia bukan hak anda. Sebagaimana halnya dengan diri anda, cinta juga adalah amanah. Tidak wajar untuk anda jadikan amanah untuk memusnahkan atau memungkiri amanah yang lain.

* Cinta Sejati itu sifatnya total. Ertinya walaupun anda cinta kepada kekasih anda, ia hanya sebahagian dari cinta yang menyeluruh. Cinta Sejati itu adalah cinta kepada Pencipta anda, cinta pada diri anda, cinta kepada ibubapa anda, cinta kepada masyarakat anda, cinta kepada agama anda,dan dalam masa yang sama cinta kepada kekasih anda. Kerana sifatnya total dan menyeluruh, maka Cinta Sejati akan menjadi adil. Ia meletakkan cinta pada yang berhak untuk dicintai dan setakat mana patut dicintai. Ia tidak melebihkan cinta kepada kekasih saja hinggakan lupa pada cinta yang lain.

* Cinta Sejati tidak perlu disebut. Ia khas untuk anda. Ia bukan hak orang lain. Jika anda beri Cinta Sejati, ia tidak semestinya dibalas oleh orang yang anda beri. Tapi anda tidak akan kecewa bila cinta tidak berbalas kerana anda tahu anda bercinta di bawah naungan Pencipta, yang tentu membalas kebaikan terhadap cinta anda yang putih bersih.

Seni Merasa

* Cinta yang anda nikmati sedikit demi sedikit berkat kesabaran itulah yang lebih membahagiakan anda. Anda tidak perlu gelojoh dalam cinta. Ini kerana jika anda gelojoh, anda mungkin seronok sebentar saja tapi merana sepanjang hayat.

* Merasa Cinta Sejati terhadap kekasih ialah mentakrif nikmat peringkat kedua, yang sederhana sifatnya, tidak melampau-lampau. Anda tidak terlalu terbawa-bawa oleh perasaan bila cinta anda sejati. Anda masih boleh membuat pertimbangan yang wajar.

* Jika kecewa bercinta, jangan hingga berputus asa,kerana rahmat Pencipta masih dikurniakan untuk anda. Cubalah rasai betapa beruntungnya anda mengecapi nikmatNya yang lain, dan bersyukurlah kepadaNya.


Seni Bertindak

* Jangan mendahului ketentuan. Anda perlu banyak bersabar dalam bercinta. Bila sampai masanya anda akan dihalalkan untuk membuktikan cinta, barulah anda membuktikannya itulah Cinta Sejati.

* Jikalau anda bercinta sebelum berkahwin, layanilah sekadar saja. Yang penting ialah menikahi kekasih anda, itulah ertinya menerima cintanya, kerana nikah adalah ikatan cinta.

* Andai kata anda bercinta sebelum berkahwin dan kekasih anda mahu merosakkan kehormatan anda, jauhilah dia dan jangan rasa kesal akibat kehilangannya. Mudah-mudahan anda akan mendapat kekasih yang jauh lebih memahami Cinta Sejati dan tulus dalam cintanya terhadap anda.

* Manifestasikan cinta anda hanyalah setelah bernikah. Berdoalah agar cinta itu diberkatiNya dan sentiasa mendapat rahmatNya. Pohonlah kepadaNya agar dikurniakan kepada anda nikmat Cinta Sejati yang tiada taranya. Cinta Sejati atau Cinta Suci itu tidak buta. Cinta ini celik dan kecelikan cinta itu dapat mencelikkan pula yang . Cinta yang buta itu segalanya buta. Buta tentang cara dan peraturan cinta, buta tentang tanggungjawap cinta, buta telain. Cinta Sejati tidak buta dan tidak wajar dikatakan buta. Cinta yang buta ialah cinta yang bernodantang hikmah cinta, malah buta tentang hakikat diri. Cinta yang buta itu cacat, kerana ia buta. Sayangnya ramai yang suka kepada cinta buta, membiarkan dirinya hanyut dibawa arus geloranya, tersadai di celah akar pohon kecewa, lalu berkata, 'Cinta Itu Buta' Cinta Sejati bukan seperti cinta Laila dan Majnun atau Romeo dan Juliet. Cinta Suci adalah seperti cinta Rasulullah dan Khadijah, atau Saidina Ali dan Fatimah.

Friday, September 25, 2009

Dia

Dia seorang insan biasa,
Tapi jiwanya besar,
Hatinya penuh rasa cinta,
Semangatnya luar biasa.

Tidak pernah ku dengar ungkapan penat,
Keluhan letih atau ucapan malas,
Semuanya dilakukan tanpa kenal erti putus asa,
Tanpa mengharap apa pun balasan.

Suaranya lembut menggegar jiwa,
Sentuhan halus membelai diri,
Nasihat dan pesanan sentiasa di bibir,
Sebagai bekalanku di masa hadapan.

Masakan enak sepanjang masa,
Walaupun hanya sebiji telur dan kicap semata,
Tapi nikmatnya tidak terkata,
Mengalahkan chef di hotel bes
ar.

Ceritanya seronok didengar,
Walaupun berulang kali dikata,
Mempunyai tersirat di balik kisahnya,
Supaya diri mengambil ikhtibar.

Tapi aku tahu bahawa masa kian pergi,
Dan kematian menanti di tengahnya,
Aku risau aku gagal membalas segalanya,
Sebelum kau dijemput oleh yang Maha Esa,

Aku risau masanya tidak lama lagi,
Aku takut aku belum puas menatap wajahnya,
Aku gelisah belum berkhidmat padanya,
Aku belum bersedia hidup tanpanya.

Biar aku yang menguruskan segalanya,
Jika sudah tibanya Izrail,
Dari saat syahadah sehingga ke timbusan tanah terakhir,
Biar aku di sisi dirimu.

Ya Allah, ampunkan dosanya,
Rahmatilah dia sebagaimana dia menjagaku sejak kecil lagi,
Biarlah aku yang menanggung dosanya,
Jika itu menjamin syurga untuknya
.

Dirimu satu tiada pengganti,
Walaupun dirimu tiada di sisi,
Walaupun ku jumpa sifat dan wajah serupa,
Tapi ku pasti jiwa,hati dan seman
gatnya tidak setanding denganmu.

Dia yang aku maksudkan,
Adalah Ibu,Ummi,Mama,Emak,
Satu nama tiada ganti,
Yang kasihnya membawa ke syurga hakiki.


















Aku sayang ummi!

Friday, September 11, 2009

Jualan MEGA IN-SOFT


Assalamualaikum... Seiring dengan program-program tarbiyah, IN-SOFT sekali lagi melebarkan sayap ke program "MEMBELI SAMBIL BERAMAL". Antara objektif program ialah untuk mengumpul dana dan dalam masa yang sama menjual produk-produk yang dapat meningkatkan prestasi akademik dan kesihatan. Tidak dilupakan juga, IN-SOFT sentiasa membawa bersama-sama "PALESTINE WE ALWAYS WITH YOU" dengan menjual batch-batch dan mafla Palestin. Dengan ini, insyaALLAH, ia akan menyedarkan para pelajar bahwa isu dan keprihatinan terhadap Palestin bukan hanya isu sementara selagi tanah Palestin dibebaskan...

~Jualan Mega IN-SOFT~
.


~Antara produk yang dijual~
(nak order lagi pun boleh......)



~Khusyuk ingat harga barang~



~IN-SOFT & PALESTINE~




Friday, September 4, 2009

Daurah Ramadhan@Merdeka


Tarikh: 31 Ogos 2009 (Merdeka)
Hari: Isnin
Masa: 8.30 a.m - 5.00 p.m
Tempat: Bangunan Sri Laksamana (SL) UiTM Johor

Dipagi yang hening, sedang insan lain sedang enak dibuai mimpi, perajurit-perajurit In-Soft telah berhimpun dalam sebuah bilik kuliah di SL untuk menjayakan sebuah program yang dinamakan Daurah. Disebabkan pagi-pagi buta macam ni memang 'best' kalau dapat tidur. Maka ramailah perajurit yang terpaksa melewatkan diri hadir ke program ini.
Slot Ustaz suhaimi

Akibatnya, Radzi selaku ketua perajurit merangkap ketua program telah melakukan 'rush' serta menggegar kolej siswa bagi mencari perajurit-perajurit yang dikhuatiri syahid dan tersesat jalan.Maka, mencicit-cicitlah perajurit lelaki berlari ke SL kerana takut kena bambu dengan Radzi. Hehe..
"Eh Kak Nor, buat ape tu?"

Program Daurah ini bukanlah sebuah program sambutan kemerdekaan. Tetapi lebih kepada program pengisian berbentuk ilmiah dan kesedaran untuk ahli-ahli In-Soft. Antara yang hadir memberikan 'talk' dan ceramah ialah Ustaz Suhaimi, Ustaz Narawi dan juga 'x student' UiTM Johor merangkap bekas ahli-ahli In-Soft iaitu Akhi Asrul, Kak Damia dan Kak Zarina.

Pada sebelah pagi, perajurit-perajurit In-Soft disajikan dengan tayangan video-video yang menginsafkan seperti video kebangkitan Islam, kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah, video pembuangan bayi dan lain-lain lagi. Selain dua slot ceramah oleh Ustaz Suhaimi dan Ustaz Narawi yang sangat menarik.


Sebelah petangnya pula, diadakan tayangan filem 'Sang Murabbi' dan juga pengisian-pengisian yang lain. Pendek kata, program pada hari itu memang benar-benar bermanfaat. Sekalung penghargaan kepada jawatankuasa yang telah bersusah payah menjayakan program ini kerana memang sukar menjayakan program diwaktu cuti macam ni tambahan lagi dibulan puasa ini.




Habis sahaja program, ahli-ahli In-Soft pun bersiap-siap untuk memenuhi undangan berbuka puasa diluar. Kami disajikan dengan pelbagai hidangan yang sungguhlah menyelerakan. Pendek kata, 31 Ogos kami pada hari tersebut memang berbaloi-baloi...

Thursday, August 13, 2009

Keputusan MTU


Tarikh: 12 Ogos 2009
Hari: Rabu
Masa: 9:30 malam
Tempat: SL 001

Malam melabuhkan bajunya. In-Soft berlepas dengan kapal terbang mereka bersama pilot, pramugara dan pramugari yang sangat-sangat dedikasi. Jawatan bagi pilot utama diserahkan kepada Fahmi.

Tempat kejadian sepatutnya di SL104 tetapi disebabkan kami menghadapi masalah teknikal, kami terpaksa menukar tempat di SL001. We are very thankful to our pramugara, fakrulrazi kerana dapat menyelesaikan masalah yang timbul dengan segera. Tidak lupa juga, jasanya membuat poster, multimedia dan pamplet.

akhwat-akhwat baru

ikhwah-ikhwah baru

doa, pembuka majlis

Penumpang pesawat semakin lama semakin bertambah terutama sekali akhwat. sehinggakan pramugara-pramugara, amin, lukman dan lain-lain terpaksa menca
ri kerusi bagi menyumbat penumpang ke dalam pesawat.

Ustaz Lokman, penasihat In-Soft

penerbangan diteruskan dengan ucapan dari penasihat In-Soft, ustaz Lokman yang mula membuka bunga-bunga langkah bersilat. gegar-gegar pesawat di malam hari dek semua passenger yang gelak sakan sehingga senat perut akibat telatah ustaz lokman. tambahan pula, iklan jualan produk yang dijual oleh ustaz menjadi tajuk utama yang sepatutnya bukan tajuk utama.

akhi Hazimi selaku YDP In-Soft yang sah

seterusnya, giliran YDP In-soft, akhi hazimi berucap. sudah tidak sabar-sabar akhi hazimi menunggu gilirannya semasa ustaz Lokman berucap. sudah tidak sabar ingin mengalu-alukan a adik-adik baru di dalam In-soft.

setelah meminjamkan telinga adik-adik, mereka terpaksa meminjamkan kaki, tangan dan seluruh anggota badan mereka pula. kali ini, kak kausar dan kak ida pula ingin bersilat. mereka tak mahu kalah. mereka menyajikan pula Army Yell dari setiap kumpulan adik-adik ini. sungguh bersemangat dan kreatif adik-adik ini.

"menggoncang dunia, mencipta sejarah"

"hebat dunia, hebat akhirat...Allahuakbar!"

"we the best, among the rest"

"teguhkan imanmu, ape yang penting kerjasama"

"we are the best, best, best!"

"ayuh mukmin bangkit, ayuh menuju kejayaan!"

"hanya sesaat, abadikanlah jiwa"

"mujahideen!!"

"hayya ala solah"

malam yang masih muda, diteruskan dengan luahan hati dari adik-adik. apa perasaan mereka pada hari ini dan harapan mereka terhadap In-Soft dicoretkan di atas kertas. "saya harap dapat belajar bahasa arab dari mana-mana ahli In-soft yang tahu Bahasa Arab". "Walaupun xramai sangat malam nie yang masuk In-Soft tapi saya rasa macam terpilih sebab masuk In-Soft". "saya sedih kerana bapa sedara saya baru meninggal dunia pagi td." Al-Fatihah utk arwah.

malam semakin larut. pesawat terpaksa mendarat dengan hidangan mee hoon dan air teh yang sudah dihidangkan oleh pramugara-pramugara In-soft. sungguh mengeyangkan bagi beberapa orang yang berasa sangat lapar pada malam tersebut.



terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan MTU in-soft utk kali ini. semoga kita dapat menbaiki segala kelemahan yang ada pada kita. sekian, terima kasih.

p/s: alhamdulillah, nama In-Soft dpt menarik rmai lg org..

Monday, August 10, 2009

Satu Peringatan Dari Allah S.W.T

Beberapa hari lalu kampus tercinta kita dikejutkan dgn berita pemergian siswi pelajar Ijazah Perakaunan selepas disahkan dijangkiti virus H1N1. Dan saat ini ramai pelajar yg diarahkan pulang ke rumah masing2 sekiranya menghidap demam dgn suhu yg tinggi.

Di mana2 shj kelihatan pelajar2 memakai topeng sehingga kelihatan seolah-olah ramai doktor gigi di kampus ini walhal gosok gigi sendiri pun belum tentu bersih. Memakai topeng seolah menjadi fashion pula dikalangan mahasiswa.


Ketika akhir zaman dikatakan akan muncul pelbagai penyakit2 pelik yg akan diturunkan oleh Allah swt sebagai bala kpd manusia. Antara yg telah kita saksikan ialah JE, Antrax, SARS, selesema burung, dan yg paling up-to-date dtg drpd virus H1N1 iaitu Influenza A atau lebih mesra dgn nama selesema babi.

Dikatakan juga menjelang akhir zaman akan keluar asap2 dr bumi yg akan menyelubungi kita dan menghalang pandangan2 kita. Kalau kita sedar hari ini kabus tebal dan jerebu seringkali dpt kita lihat dan pandangan kita hanya terbatas kpd jarak beberapa kilometer shj.


Tapi realitinya kita masih tidak sedar ini adalah satu peringatan dr Allah s.w.t utk umat Islam akhir zaman ini. Dimana manusia semakin jauh dr kehidupan cara Islam dan yakin bahawa kehidupan cara ciptaan sendiri lebih baik. Dimana dosa yg menggunung diibaratkan hanya seperti lalat yg akan terbang begitu shj.

Allah s.w.t tidak akan menciptakan sesuatu itu sia-sia melainkan supaya ia menjadi tanda bg org2 yg berakal.

Andai kata jika Malaikat Izrail Si Pencabut Nyawa datang di hadapan kita sebentar lg...agak2nya di manakah tempat kita akan berada selepas ini?

Friday, August 7, 2009

Realiti Dunia Pendidikan Hari Ini

Hari ini semakin ramai umat Islam hanyut dgn arus kehidupan dunia. Makin ramai graduan cemerlang lahir tp sahsiah dan akhlaknya menyedihkan. Masalah moral yg meruntuhkan anak2 negara semakin kronik. Inilah hasil drpd sistem sekularisme yg Barat tanamkan kpd umat Islam.

Pelajar2 diajar di sekolah2 dan institusi2 pengajian bahawa setiap perkara dan fenomena pasti mempunyai penjelasan saintifiknya. Namun mereka tidak dididik utk melihat kebijaksanaan dan keagungan Ilahi disebalik sainsnya fenomena itu.Mereka x dididik utk melihat ilmu berdasarkan perspektif Islam.


Murid2 dan golongan mahasiswa diseru supaya bangun utk memperjuangkan kembali nasib bangsa demi kepentingan negara tercinta. Tp sayang, yg diterapkan kpd mereka hanya ideologi perjuangan nasionalisme semata-mata yg sebenarnya adalah punca kenapa umat kita jatuh terus menerus. Itulah taktik org kafir dr sejak mula lg utk memastikan keruntuhan umat Islam iaitu dgn menerapkan perjuangan berasaskan nasionalisme bkn berasaskan agama Islam. Tp masih ramai yg buta tentang realiti ini.

Kenapa ini berlaku? Kerana hari ini kita ketandusan golongan pendidik yg berfikrah Islam. Ramai juga golongan guru2 dan pensyarah2 yg berfikrah Islam tetapi x menyedari tanggungjawab mereka.


Kita harus mendominasi dunia pendidikan hari ini dgn golongan yg b'fikrah Islam. Supaya kita mampu utk mentarbiyyah generasi muda agar kembali mengamalkan ad-deen suci ini. Agar mereka membangun bersama Islam. Agar hari ini umat Islam mampu bangkit menjulang kegemilangan semula.

Lihat sahaja betapa ramai dr pejuang Islam yg syahid di Palestine adalah drpd golongan berpendidikan tinggi yg berani menggalas tanggungjawab sbg guru2. Mereka mendidik anak2 bangsa2 utk mengamalkan kembali cara hidup Islam dan berjaya di dunia dan di akhirat. Dan hasilnya ramai drpd anak2 didik mereka bangkit meneruskan perjuangan demi Islam tercinta sehingga hari ini.

Jadi...wahai daie2 Allah...siapkah kita menyahut cabaran dan tanggungjawab ini demi agama Islam yg kita cintai? Yakinlah bahawa Allah akan bersama-sama kita dalam perjuangan suci ini. Insya-Allah.

Tuesday, June 30, 2009

Doa

Ya ALLAH, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia.

Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya.

Engkau pencipta dan pelindungnya

Ya ALLAH, perbaiki hubungan antara kami

Rukunkan antara hati kami

Tunjuki kami jalan keselamatan

Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang

Jadikan kumpulan kami jama'ah orang muda yang menghormati orang

tua

Dan jama'ah orang tua yang menyayangi orang muda

Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan kekasaran

terhadap sesama hamba beriman

Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan

kedengkian

Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar

Wahai yang menyambung segala yang patah

Wahai yang menemani semua yang tersendiri

Wahai pengaman segala yang takut

Wahai penguat segala yang lemah

Mudah bagimu memudahkan segala yang susah

Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran

Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak

Engkau Maha Tahu dan melihatnya

Ya ALLAH, kami takut kepada-Mu

Selamatkan kami dari semua yang tak takut kepada-Mu

Jaga kami dengan Mata-Mu yang tiada tidur

Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang tak tertembus

Kasihi kami dengan kudrat kuasa-Mu atas kami

Jangan binasakan kami, karena Engkaulah harapan kami

Musuh-musuh kami dan semua yang ingin mencelakai kami

Tak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan perantara

Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana kepada

kami

"ALLAH sebaik baik pemelihara dan Ia paling kasih dari segala

kasih"

Ya ALLAH, kami hamba-hamba-Mu, anak-anak hamba-Mu

Ubun-ubun kami dalam genggaman Tangan-Mu

Berlaku pasti atas kami hukum-Mu

Adil pasti atas kami keputusan-Mu

Ya ALLAH, kami memohon kepada-Mu

Dengan semua nama yang jadi milik-Mu

Yang dengan nama itu Engkau namai diri-Mu

Atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu

Atau Engkau ajarkan kepada seorang hamba-Mu

Atau Engkau simpan dalam rahasia Maha Tahu-Mu akan segala ghaib

Kami memohon-Mu agar Engkau menjadikan Al Qur'an yang agung

Sebagai musim bunga hati kami

Cahaya hati kami

Pelipur sedih dan duka kami

Pencerah mata kami

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Nuh dari taufan yang

menenggelamkan dunia

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Ibrahim dari api kobaran yang

marak menyala

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Musa dari kejahatan Fir'aun dan

laut yang mengancam nyawa

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Isa dari Salib dan pembunuhan

oleh kafir durjana

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Muhammad alaihimusshalatu

wassalam dari kafir Quraisy durjana, Yahudi pendusta, munafik

khianat, pasukan sekutu Ahzab angkara murka

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Yunus dari gelap lautan, malam,

dan perut ikan

Ya ALLAH, yang mendengar rintihan hamba lemah teraniaya

Yang menyambut si pendosa apabila kembali dengan taubatnya

Yang mengijabah hamba dalam bahaya dan melenyapkan prahara

Ya ALLAH, begitu pekat gelap keangkuhan, kerakusan dan dosa

Begitu dahsyat badai kedzaliman dan kebencian menenggelamkan

dunia

Pengap kehidupan ini oleh kesombongan si durhaka yang membuat-

Mu murka

Sementara kami lemah dan hina, berdosa dan tak berdaya

Ya ALLAH, jangan kiranya Engkau cegahkan kami dari kebaikan

yang ada pada-Mu karena kejahatan pada diri kami

Ya ALLAH, ampunan-Mu lebih luas dari dosa-dosa kami

Dan rahmah kasih sayang-Mu lebih kami harapkan daripada amal

usaha kami sendiri

Ya ALLAH, jadikan kami kebanggaan hamba dan nabi-Mu

Muhammad SAW di padang mahsyar nanti

Saat para rakyat kecewa dengan para pemimpin penipu yang

memimpin dengan kejahilan dan hawa nafsu

Saat para pemimpin cuci tangan dan berlari dari tanggung jawab

Berikan kami pemimpin berhati lembut bagai Nabi yang menangis

dalam sujud malamnya tak henti menyebut kami, ummati ummati,

ummatku ummatku

Pemimpin bagai para khalifah yang rela mengorbankan semua

kekayaan demi perjuangan

Yang rela berlapar-lapar agar rakyatnya sejahtera

Yang lebih takut bahaya maksiat daripada lenyapnya pangkat dan

kekayaan

Ya ALLAH, dengan kasih sayang-Mu Engkau kirimkan kepada kami

da'i penyeru iman

Kepada nenek moyang kami penyembah berhala

Dari jauh mereka datang karena cinta mereka kepada da'wah

Berikan kami kesempatan dan kekuatan, keikhlasan dan kesabaran

Untuk menyambung risalah suci dan mulia ini

Kepada generasi berikut kami

Jangan jadikan kami pengkhianat yang memutuskan mata rantai

kesinambungan ini

Dengan sikap malas dan enggan berda'wah

Karena takut rugi dunia dan dibenci bangsa


SELAMAT JALAN MUJAHID DAKWAH. MURIDMU, KADER-KADERMU

AKAN MENERUSKAN CITA-CITA DAN PERJUANGANMU

Friday, June 12, 2009

Kisah Handzalah


Salah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah S.A.W yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja dinikahkan. Oleh kerana itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah cara Rasulullah untuk merayakan kebahagiaan sahabat baginda.

Namun ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat berita bahwa tentera Islam mendapat tantangan yang hebat. dan dalam keadaan terlalu genting. Tanpa membuang waktu lagi Hanzalah lalu memakai pakaian perang lalu mengambil pedang. Dia menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.

Maka terjadilah pertempuran hebat sehingga banyak dari pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut menjadi korban dalam keadaan sedang junub. maka Rasulullah SAW pun melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana tercantum dalam sabdanya: “Aku melihat diantara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air dari awan di dalam bejana perak.”



Para sahabat tercengang-cengang mendengar ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun. Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah terjadi dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhada menjadikan ia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab. subhanallah…

Monday, June 8, 2009

12 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:

1) Semasa Lailatul-Qadar.2) Ketika hujan turun.
3) Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
4) Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
5) Di tengah malam.
6) Di antara azan dan iqamah.
7) Ketika sujud dalam solat.
8) Ketika iktidal akhir dalam solat.
9) Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
10) Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
11) Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
12) Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

Lelaki Ke Neraka

Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:-
Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:-
Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-
Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak ?????

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim
masuk syurga..... janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB.

Sunday, May 31, 2009

7 Golongan yang Mendapat Teduhan di Padang Masyar

Sekadar gambar hiasan

1.) Pemimpin yang adil.

2.) Seorang remaja yang meningkat umurnya dalam ketaatan kepada Allah s.w.t.

3.) Seorang yang hatinya terikat dengan masjid.

4.) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, berjumpa kerana Allah dan berpisa jualah kerana Allah.

5.) Seorang pemuda yang digoda oleh wanita yang cantik lagi berpangkat, lalu pemuda itu menghindari lantas berkata "aku takut kepada Allah"

6.) Seorang yang bersedekah sehingga tidak diketahui siapa yang bersedekah itu. Ibarat tangan kanan memberi hingga tangan kiri tidak sedar.

7.) Seorang yang mengingati Allah dalam keadaan sendirian lalu menitiskan air matanya.

Tuesday, April 28, 2009

Impian Bersama

Thursday, April 23, 2009

Komik menarik!!!


Sinopsis

Didorong oleh rasa ingin membela agama dan perasaan ingin memenangi hati Natalya. Zakry berusaha mendalami agama sendiri dalam tempoh yang singkat. Malah dia juga mendalami Bible dan masalah yang timbul di dalamnya. Dia cuba membuktikan kepada Natalya yang dia sudah berubah menjadi manusia yang lebih berprinsip dan beragama. Sekali gus mahu membuktikan Islam adalah agama yang benar.

Cinta terlalu murah. Sepanjang waktu dia cuba membuktikan kenyataan itu, namun realiti menyatakan sebaliknya. Natalya muncul dan Zakry menemukan sebuah cinta yang begitu sukar dimenangi. Ia bukan sekadar mengajarnya erti pengorbanan, malah mengajarnya erti ketuhanan. Natalya bukanlah seperti gadis kebanyakan yang pernah ditemuinya. Dia dibesarkan dalam keluarga yang kuat beragama Kristian dan berpegang utuh pada ajaran Bible. Saat Zakry meluahkan perasaan cintanya kepada Natalya, malangnya dia bertepuk sebelah tangan. Malah Natalya bertindak memperlekehkan dirinya selaku seorang Muslim yang langsung tidak memahami agama anutan sendiri. Peristiwa itu menyebabkan Zakry kecewa dan berazam untuk berubah.

Didorong oleh rasa ingin membela agama dan perasaan ingin memenangi hati Natalya. Dia berusaha mendalami agama sendiri dalam tempoh yang singkat. Malah dia juga mendalami Bible dan permasalahan yang timbul di dalamnya. Dia cuba membuktikan kepada Natalya bahawa dia telah berubah menjadi manusia yang lebih berprinsip dan beragama. Sekaligus mahu membuktikan bahawa Islam adalah agama yang benar. Justeru, untuk mencapai matlamat itu Zakry telah melalui proses yang panjang. Mungkinkah dia berjaya mencapai matlamat itu atau tidak? Pastikan anda mengetahui penghujung kisah ini.

Isi Kandungan
1. Bidayah
2. Mencari Diri
3. Missing Part
4. Pertemuan Kedua
5. Memori yang Keciciran
6. Menempuh Hari Baru
7. Kebimbangan dalam Diri
8. Siapa Tuhan yang Sebenar
9. Jesus Penebus Dosa
10. JesuS Anak Tuhan
11. Ayat yang Berselisih
12. Catatan Akhir

K.NuR

Ringkas Tetapi Tegas

“Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berkata benar ataupun diam....”

“Wahai Rasulullah, siapakah orang Islam yang paling baik?' Jawab Rasulullah, “Orang yang membuatkan semua orang Islam selamat daripada lidah dan tangannya.” Apabila berkomunikasi, lidah menjadi pemain utama. Kadang kala jadi manfaat, malah sering juga beri mudarat.

k.NuR

Wednesday, April 22, 2009

selamat menghadapi peperiksaan

Assalamualaikum Wbt

Pejam Celik Pejam Celik sudah hampir tamat sesi kuliah untuk semester ini bagi hampir kesemua IPT, dan bakal berkunjung tiba Peperiksaan Akhir Semester tidak lama lagi. Juga lebih kurang ana kira bagi sahabat-sahabat di IPT lain, dan tiba masa untuk kita buat yang terbaik dalam perjuangan kita ini.

Menjadi tanggungjawab untuk kita menjadi Qudwah kepada yang lain, terutama bagi rakan-rakan yang tidak berada dalam sistem tarbiyyah dan dakwah ini, juga kepada mereka-mereka yang belum Islam untuk membuktikan kita mampu menjadi yang terbaik dikalangan mereka dengan harapan ini juga mampu mengetuk hati-hati mereka.

Biar ia menjadi pemangkin untuk mereka berfikir dengan kesibukan kita dalam berprogram (tarbiyah dan dakwah), dalam kesuntukan kita mengulangkaji pelajaran kita, jauh relatif masa jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang mempunyai masa terluang yang cukup banyak... Insha-Allah teguhkan diri bahawa terdapat Allah sentiasa bersama hamba-hamba- Nya yang bertaqwa, membantu mereka-mereka yang membantu agama-Nya. Buktikan Daie2 ini telah memilih jalan ini bersatu mematuhi perintah dan memikul beban dakwah untuk mencapai Mardhatillah. .

Buat yang terbaik dengan sistematik, doakan sepenuh hati mengharapkan keajaiban dengan usaha yang padu mungkin dengan cara yang biasa dalam mencapai sesuatu yang luar biasa kerana kita ingin Menyerlah Jauh daripada yang biasa....


“Allahhumma ja’alna minan najihin wal faizin wal mumtazin wal mutawaffiqin fi kulli imtihan fid dunya wal akhirah.”

Ya Allah jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang berjaya, orang-orang yang cemerlang, orang-orang yang gemilang, orang-orang yang diberi petunjuk dalam setiap ujian dan peperiksaan di dunia dan di akhirat.”

Ya Allah.. bantulah.. kami berserah kepadaMu Ya Rabbi..

Saturday, April 18, 2009

Khusus Buat Para Pejuang Kebenaran

  • Jika engkau mahu mengikut petunjuk para Imam, sewaktu menghadapi setiap kepahitan, dan kuatkanlah dirimu untuk menerima musibah-musibah dengan jiwa yang tabah, sewaktu menghadapi setiap kepahitan, dengan hati yang sabar, walaupun dadamu bergoncang.


  • Lisanmu dikunci, matamu dikendalikan, rahsiamu disembunyikan hanya untuk diketahui oleh Tuhanmu sahaja.

  • Namamu biar tidak terkenal, pintu rumahmu tertutup rapat, bibirmu tersenyum, perutmu kelaparan, hatimu terluka, pasarmu tiada sambutan, pangkatmu dipendam dan keaibanmu ditonjolkan.

  • Setiap hari kamu menelan rasa pahit daripada pengaruh zaman dan teman, sedangkan hatimu menurut dalam sedar.

  • Pada waktu siang, kamu sibuk mengislahkan manusia tanpa berkira-kira. Malam pula kamu tenggelam dalam keasyikan kepada Tuhan.

  • Ambillah kesempatan pada waktu malam. Jadikannya jalan dan persiapan untuk hari kiamat yang padanya sukar sekali untuk mencari jalan.”


Berjuang itu Berat,Hanya Hati yang Benar-benar Pejuang yang Sanggup Terus Bertahan.

K.Nur

Pesanan Imam Al-Ghazali

Setiap pagi hari, sesudah melakukan solat subuh, seharusnya kita meluangkan waktu dan hati barang sesaat untuk membuat perjanjian dengan diri, seperti juga seorang saudagar membuat perjanjian dengan seorang rakan yang akan memperdagangkan barangnya. seraya akan mengosongkan kedainya sebentar daripada pembeli.

kita tegaskan kepada diri: wahai diri, barang daganganku hanyalah umurku ini. bila dia habis, maka habis pulalah modalku, dan aku tidak boleh lagi berdagang maupun mencari laba (keuntungan). sekarang hari yang baru telah diberi tuhan kepadaku dan tuhan telah berkenan mengundurkan ajalku. kalaulah Dia mewafatkan aku, tentu aku akan mengangankan untuk dikembalikan ke dunia walaupun satu hari sahaja agar aku dapat beramal soleh. wahai diri, janganlah disia-siakan hari yang sehari ini!! setiap tarikan nafas adalah satu permata yang tiada ternilai harganya."

perumpamaan yang diguna oleh imam al-Ghazali amat bertepatan sekali berkaitan umur kita. ibaratkan diri kita sebagai seorang saudagar ataupun businessman la, nescaya dalam kotak pemikiran kita akan memikirkan keuntungan. sama jugalah kehidupan kita.


teringat di waktu sekolah menengah dahulu, perumpamaan yang slalu dibawa oleh ustazah ;
jikalah pahala yang diberi atas amalan-amalan soleh ini dijelmakan dalam bentuk wang, contohnya sekali berzikir akan jatuh depan mata rm10, maka ramailah yang akan berlumba2 membuat kebaikan. begitu juga kiranya balasan terhadap mungkar diberi on the dot umpama perangkap lalat di kedai (yang lampu warna biru), nescaya ramai meninggalkan mungkar. tetapi semua itu tidak dizahirkan untuk menguji keimanan kita kepadaNya. hakikatnya, seperti yang kita percayai, setiap amal yang dilakukan, pasti ada ganjaran-Nya.

K.Nur

Tuesday, March 31, 2009

Tafsir An-Nisa' (4:58)

Allah berfirman:


“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat” (An-Nisa’: 58).

Keterangan dan kandungan ayat:

Amanat yaitu; segala sesuatu yang dipercayakan kepada manusia dan diperintahkan untuk dikerjakan. Dalam ayat ini Allah memerintahkan hambanya untuk menyampaikan amanat secara sempurna, utuh tanpa mengulur-ulur/menunda-nundanya kepada yang berhak. Amanat itu mencakup perwalian, harta benda, rahasia, dan perintah yang hanya diketahui oleh Allah.

2. Firman Allah:

“Dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan hukum dengan adil”, mencakup menetapkan hukum dalam masalah pertumpahan darah, harta, dan kehormatan. Baik sedikit atau banyak, terhadap karib kerabat atau orang lain (yang tidak memiliki hubungan kerabat), orang yang fasik atau orang yang saleh dan musuh sekalipun. Allah berfirman: “Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. (Al Maidah:8).


Maksud “Adil” di sini adalah, memberikan sanksi-sanksi dan hukuman sesuai dengan yang telah disyariatkan oleh Allah melalui rasul-Nya.


3. “Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”

Yang demikian ini adalah pujian Allah atas perintah-perintah dan larangan-larangan-Nya, yang mencakup maslahat dunia dan akhirat menghindarkan mereka dari berbagai macam mudarat kepadanya. Karena (perintah dan larangan tersebut) berasal dari yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, Yang Maha Mengetahui kemaslahatan hamba-hambanya yang tidak mereka ketahui.

K.Nur

Sunday, March 29, 2009

Tips Pengurusan Masa Berkesan


Pengurusan masa merupakan suatu elemen kehidupan yang sangat penting. Kelemahan sesorang menguruskan masa dengan efektif akan menyebabkannya mudah terjebak ke kancah kegagalan dan kekecewaan. Pengurusannya yang baik pula pastinya membuahkan natijah yang berkesan di samping memberi impak yang besar dalam kehidupan seseorang.

Bagi remaja, masa muda adalah sangat kritikal untuk disia-siakan begitu sahaja. Banyak masa diperlukan untuk mengulangkaji pelajaran, waktu bersama keluarga dan rakan-rakan, bacaan tambahan, riadah dan rehlah dan sebagainya lagi.

Salah satu ciri remaja muslim cemerlang adalah Munazzomun fi syuunihi (terurus dalam urusan hariannya). Apa yang dimaksudkan dengan terancang urusan harian adalah: ”Tersusun dalam urusannya sehingga menjadikan kehidupannya teratur dalam segala hal yang menjadi tanggung jawab dan amanahnya. Dapat menyelesaikan semua masalahnya dengan baik dengan cara yang baik.”

Di sini dikongsikan 10 Tips Pengurusan Waktu berkesan yang disunting dari petikan buku siri motivasi “Jatidiri Penggerak Perubahan”.

1. Buatlah perencanaan

Anda memerlukan perencanaan kerja harian. Kalau tidak demikian, anda akan mengalokasikan waktu menurut apa sahaja yang kebetulan tiba dimeja tulis anda. Awasilah setiap hari dengan membuat jadual umum, dengan penekanan khusus pada dua atau tiga hal yang ingin anda selesaikan. Makin banyak waktu yang kita lewatkan untuk merencanakan sesebuah projek, makin sedikit waktu total yang diperlukan untuk menyelesaikannya.

2. Pusatkan perhatian

Golongan yang menghadapi masalah serius dalam hal pengurusan waktu biasanya mencuba melakukan banyak hal sekaligus. Jumlah waktu yang digunakan dalam suatu projek bukanlah hal yang penting. Tetapi yang lebih penting ialah menyediakan jumlah waktu yang tidak terganggu.

3. Ambillah waktu rehat

Bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat bukanlah penggunaan waktu yang efektif. Tenaga makin menurun, kebosanan makin mempengaruhi serta ketegangan fizikal dan mental makin terkumpul. Oeh itu, anda memerlukan masa rehat yang secukupnya kerana hanya berehat sahaja merupakan cara yang paling baik.

4. Jauhkan suasana berkecamuk

Sesetengah orang selalu membiarkan meja tulisnya dipenuhi kertas yang berselerak. Mereka merasa bahawa dengan cara itu persoalan yang penting akan naik sendiri ke atas timbunan kertas itu. Sebenarnya keadaan berkecamuk seperti ini mengganggu tumpuan serta meningkatkan ketegangan dan prestasi seperti orang yang tertimbus batu.

5. Jangan menjadi ‘perfectionist’

Ada perbezaan yang besar antara berusaha mendapat hasil yang baik dan bermati-matian mengejar kesempurnaan. Langkah yang pertama , dapat dicapai, memberi kepuasan dan sihat. Sementara langkah yang kedua, selalunya mustahil, mengakibatkan kekecewaan dan gangguan jiwa. Ia juga mengakibatkan pmbaziran waktu yang sia-sia.

6. Jangan takut mengatakan tidak

Daripada semua teknik menghemat waktu yang pernah dikembangkan, barangkali yang paling efektif ialah selalu menggunakan perkataan tidak. Belajarlah menolak dengan mengunakan kebijaksanaan tetapi tegas terhadap setiap permintaan yang tidak menunjang pencapaian sasaran anda.

7. Jangan menangguhkan kerja

Penangguhan kerja pada umumnya merupakan kebasaan yang sudah berakar umbi. Sungguhpun begitu, kita mampu mengubah kebiasaan ini asalkan kita menggunakan sistem yang tepat seperti putuskan untuk berubah segera setelah anda selesai membaca artikel ini, sementara hati anda tergerak oleh motivasinya. Mengambil langkah pertama dengan segera adalah amat penting. Seterusnya jangan mencuba terlalu banyak perkara dalam waktu yang singkat. Apa yang perlu dilakukan ialah memaksa diri melakukan pekerjaan yang sudah tertunda sekarang juga.

8. Lakukanlah bedah siasat radikal


Kegiatan membuang waktu sama seperti kanser. Ia menghabiskan tenaga dan ketumbuhan semakin besar. Satu-satunya cara penyembuhan adalah pembedahan radikal. Jika anda membuang waktu dalam kegiatan yang membuatkan anda bosan, alihkan perhatian daripadanya kerana ia mensia-siakan tenaga anda. Buanglah kegiatan ini, sekali untuk selama-lamanya.

9. Delegasikan pekerjaan


Anda tidak perlu menjadi pemimpin nasional atau eksekutif firma gergasi untuk mampu mendelegasikan pekerjaan. Belajarlah mendelegasikan tugas yang penuh cabaran dan memberikan imbalan, bersama dengan kuasa secukupnya untuk membuat keputusan yang perlu. Ini dapat membantu melonggarkan waktu anda.

10. Jangan ketagihan kerja

Hampir semua manusia berjaya mempunyai waktu bekerja yang panjang, tetapi mereka tidak membiarkan pekerjaan mengganggu hal-hal yang pentig dalam hidup mereka, seperti bergaul dengan teman-teman dan bersama keluarga. Ini membezakan mereka daripada orang yang ketagihan kerja (workaholic) yang sama tarafnya seperti orang yang ketagihan alkohol.

DEMI MASA (1) SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BENAR-BENAR BERADA DALAM KERUGIAN (2) KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLEH DAN NASIHAT MENASIHATI SUPAYA MENAATI KEBENARAN DAN NASIHAT MENASIHATI SUPAYA MENETAPI KESABARAN (3)
[103:1-3]

posting by: eelya_khadeeja

Related Posts with Thumbnails