Doa Rabitah

Ya Allah... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Bahwa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan mahabbah kepadaMu, Bertemu untuk taat kepadaMu, Bersatu dalam rangka menyeruMu, Dan berjanji setia untuk membela syariatMu, Maka kuatkanlah ikatan pertaliannya... Ya Allah... Abadikanlah kasih sayangnya, Tujukkanlah jalannya, Dan penuhilah dengan cahayaMu yang tak akan pernah redup, Lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMu, Hidupkanlah dengan ma'rifahMu, Dan matikanlah dalam keadaan syahid dijalanMu... Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.

Friday, February 27, 2009

"CINTAI TUHAN, SAYANGI MANUSIA"


Tuesday, February 24, 2009

~NEXT PROGRAM~

Assalammualaikum..
Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menjalani kehidupan sebagai khalifah di bumi ini..
Sebagai makluman pada semua:
Next Program ialah ..::: "CINTAI TUHAN, SAYANGI MANUSIA"
Tarikh ..::: 5 hb & 6hb Mac 2009 :::...
Tempat ..::: 5hb - DEWAN SRI TEMENGGUNG - :::...
8.45 mlm - 11.00 mlm
"NASYID, LAKONAN, SAJAK..."
...::: 6hb - DATARAN SRI BENDAHARA - :::...
10.00pg - 5.00 ptg
" JUALAN DAN PAMERAN BUKU HALALAN THOIBAH"
SEMUA DIJEMPUT HADIR
DOA KALIAN AMAT DIPERLUKAN
MOGA USAHA YANG SEDIKIT INI DIBERKATI
~ kak NuR ~
JK TPSM IN-SOFT

Tuesday, February 17, 2009

Imbasan Program "KBM"

Alhamdulillah…

Program “Keindahan Bersamamu” baru melabuhkan tirainya tepat jam 1.00 petang pada 15hb yang lalu. Sambutan amat memberansangkan walaupun peserta ada yang keluar masuk. Tahniah dan terima kasih diucapkan pada Team KBM Excellent. Antara yang menjayakan KBM kali ini ialah Abang Bai,Kak Sodd,Kak Yong, Kak Im dan Abang Wan.

Berikut adalah sedikit laporan KBM:

Rata-rata semua slot yang diberikan memberi effect pada semua peserta. Dari slot KMKY, Nikmat Oh Nikmat,In-Team dan yang lain.

Walaupun sedikit kelewatan dalam menjalankan semua slot seperti waktu yang ditetapkan tetapi semuanya berjalan lancar walaupun pada satu ketika nampak sedikit suasana kelam kabut dan huru hara. Almaklumlah 1st time buat KBM dalam kampus Segamat.

Pagi pada hari terakhir rata-rata peserta datang lambat.mungkin kerana lewat tidur dan masih kepenatan. Tetapi semangat yang ditunjukkan sangat luar biasa.

Syabas dan tahniah buat adik-adik yang sememangnya terpilih sehingga tamat program tersebut.

Daripada borang kaji selidik UiTM, semua peserta memberi komen yang baik dan menyentuh perasaan. Antaranya:

  1. Mintak tlg sgt2 kalau blh wat KBM ni 2 bulan sekali...
  2. Harap KBM ni dapat jadi program wajib UiTM segamat suatu hari nanti
  3. Program yang sgt menarik dan mohon pihak HEP menyokong program ini dan sebarang program Islamik diluluskan tanpa sebarang keraguan.
  4. Fasi-fasi yang sangat mantap.Tahniah..

Disebalik tabir KBM:

Sememangnya sebelum berjayanya membawa KBM dalam kampus, pelbagai cabaran dan halangan terjadi.

Agak lambat juga buat promosi mengenai KBM ni sebab beberapa masalah di pihak atasan di mana pada saat-saat akhir borang permohonan kelulusan program telah “hilang”. Akibatnya,hanya tinggal beberapa hari untuk mengumpul semua peserta yang berminat.

Antara usaha-usaha yang boleh dikatakan menarik untuk berkongsi ialah:

1- Usaha menampal poster program telah dilakukan pada 10hb. Katanya sehingga pukul 1.00pagi beberapa orang akhwat sektor B menampal di seluruh kampus. Akibatnya, hujan poster KBM telah berlaku di mana seluruh pelusuk UiTM ada poster KBM termasuk board di kolej masing-masing.

2- Sehari sebelum hari kejadian, comfirmation tempat dan peralatan dilakukan di unit fasiliti. Yang mengejutkan katanya dewan yang kami tempah rupanya clash dengan program PTPTN. Rasa macam nak nangis tapi Alhamdulillah rupanya program tersebut dibatalkan.( Buat gempak je)

3- Saat-saat akhir iaitu malam 13hb beberapa orang akhwat dan ikhwah tidak jemu-jemu mengetuk dari bilik ke bilik untuk mempromosikan KBM. Rasanya sampai pukul 12.00 mlm.
Tetiba ikhwah dapat idea berniaga sambil mempromote. Antara barang yang diniagakan ialah “roti sosej” (rupa-rupanya idea yang pelik-pelik boleh muncul pada saat-saat akhir.)

4- Kejadian tersebut berlaku sambil menunggu rombangan dari k.l datang. Dalam keadaan yang kepenatan, akhirnya tempat penginapan untuk kakak-kakak fasi diubah memandangkan bilik Tiqa yang kosong. Lagi selesa daripada di surau Intan. Aktiviti mengemas bermula dan beberapa minit kemudian rombongan tiba.

5- Malam tersebut pukul 4.oo pagi baru kami tidur. Sebelum tidur sekali lagi aktiviti comfirmation dilakukan.

6- Pagi tarikh kejadian peserta datang sedikit terlewat tetapi amat memberansangkan. Jauh dari apa yang kami bayangkan. (syukur ya tuhan)

7- Makanan: mengenai makanan pula, kejadiaan yang tidak mungkin dilupakan terutama bagi (k.Nur dan k.Khadeeja) apabila kami terpaksa membantu pak cik benteng MEMASAK DI DAPUR!!! Ini disebabkan beberapa masalah pak cik tersebut dengan pekerjanya. Inilah punca mengapa makan malam pada 14hb tersebut sangat lewat dari waktu yang sebenar. Huhu.

8- Selepas habis slot MAM kami mengemas dewan sedikit sebelum balik ke bilik.

Yang lain-lain mungkin akan ditambah oleh ahli yang lain. Gambar dan vidoe akan menyusul kemudian. harap bersabar yer....

Yang sangat Menarik: YDP in-soft pun kena jadi peserta..huhu

Nama Kumpulan: BAWAL GORENG,AL-FIQH,EXORA,SOLEMPOI,AN-NISA',...(nama yang lain- lain tu terlampau mantap sampai dah terkeliru nak mengeja)

:: Kak NuR::
TPSM IN-SOFT




Sunday, February 8, 2009

KBM

HTML clipboard

Keindahan Bersama Mu (KBM)

14 & 15 Feb 2009

Dewan Seri Peria

Bayaran : RM15 sahaja

Terbuka kepada pelajar Uitm segamat



Apa itu KBM??


Keindahan Bersama Mu (KBM) merupakan program pembangunan insan yang berkonsepkan motivasi bersepadu dengan pendekatan kasih sayang.Masyarakat hari ini sangat dahagakan kasih sayang. Perasaan kasihsayang semakin hari semakin pupus kerana suasana kehidupan kini yang semakin mencabar. Apabila perasaan kasih sayang dihidupkan dan disuburkan kembali di dalam diri, insyaallah banyak masalah yang boleh diselesaikan.

Satu pengembaraan spiritual dan emosional akan dialami oleh para peserta sehingga terasa indahnya kasihsayang Allah, indahnya kasihsayang Rasulullah, indahnya kasihsayang Ibubapa/keluarga dan indahnya kasihsayang rakan sehingga tercetusnya rasa cinta dan kesedaran yang hakiki dari lubuk hati kecil untuk berubah dan menyerlah jauh dari yang biasa.



Komen mereka yang pernah pegi KBM:


"Di sinilah kutemui keindahan,yang telah lama dirindukan. Disinilah kita berkumpul dan bermesra. Disinilah kutemui teman sejati dan disinilah ku temui kembali kemanisan ukhuwah fillah. Disinilah jua ..ku buang segala keluh kesah, rebah gelisah yang telah tersimpan. Disinilah ku pasangkan satu tekad baru untuk mencipta keindahan bersama Islam, sahabat dan keluarga."

"Tahniah ! All of u have done a good job. Asalnya saya dah beli gula-gula kopiko awal-awal lagi sebagai persediaan takut tiba-tiba termengantuk! Tapi ternyata ini program motivasi yang pertama buat saya tak boring dan tak mengantuk. Antum berjaya menyentuh hati saya, harapan saya moga saya pula nanti dapat menyentuh hati mad’u dan adik-adik usrah.This is my turning point, Be a good muslim, The best that I ever can!!! Selamat tinggal selamanya kisah silamku, aku mahu kembali seperti bayi yang suci. Tiada 2 kali penyesalan."



Apa tunggu lagi kawan2… Jom ramai-ramai join KBM… Best…



Hubungi:


Hazimi zaini-0133452686

Nurshaeeda zaini-0132008061



Err... cop ade ke?? hurmm... akan diusahakan... InshaAllah ada...

Related Posts with Thumbnails