Umat terbaik pernah tercipta,
Umat yang pertama memasuki syurga,
Umat penyambung legasi agama...
Ummati,ummati...
Islam menjadi deen bagimu,
Dakwah menjadi maksud hidupmu,
Untuk mendapat syurga yang dituju...
Ummati,ummati...
Kenapa kini akidah kian lesu,
Islam kian asing bagimu,
Yang hanya dipelajari di atas buku..
Ummati,ummati...
Siapa yang patut disalahi,
Kalau bukan umat ini sendiri,
Yang ditipu saban hari,
Oleh musuh yang kekal abadi...
Sedarlah yang bergelar Khairu Ummah,
Islam bukan ritual sahaja,
Ia melingkupi hari pertama bernafas hinggan hembusan terakhir,
dan berterusan sehingga hari mati bumi ini...
Ambil masa berfikir kembali,
Merenung kembali ke dalam diri,
Adakah aku hamba yang sejati?
Atau hanya fatamorgana di dunia yang hakiki?
Ingatlah kisah sakaratulmaut nabi,
Yang masih mengingat umatnya ini,
Bibir tidak pernah lekang dari,
ucapan UMMATI,UMMATI...
oleh: Musafir Hidayah
No comments:
Post a Comment