Doa Rabitah

Ya Allah... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Bahwa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan mahabbah kepadaMu, Bertemu untuk taat kepadaMu, Bersatu dalam rangka menyeruMu, Dan berjanji setia untuk membela syariatMu, Maka kuatkanlah ikatan pertaliannya... Ya Allah... Abadikanlah kasih sayangnya, Tujukkanlah jalannya, Dan penuhilah dengan cahayaMu yang tak akan pernah redup, Lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMu, Hidupkanlah dengan ma'rifahMu, Dan matikanlah dalam keadaan syahid dijalanMu... Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.

Friday, September 25, 2009

Dia

Dia seorang insan biasa,
Tapi jiwanya besar,
Hatinya penuh rasa cinta,
Semangatnya luar biasa.

Tidak pernah ku dengar ungkapan penat,
Keluhan letih atau ucapan malas,
Semuanya dilakukan tanpa kenal erti putus asa,
Tanpa mengharap apa pun balasan.

Suaranya lembut menggegar jiwa,
Sentuhan halus membelai diri,
Nasihat dan pesanan sentiasa di bibir,
Sebagai bekalanku di masa hadapan.

Masakan enak sepanjang masa,
Walaupun hanya sebiji telur dan kicap semata,
Tapi nikmatnya tidak terkata,
Mengalahkan chef di hotel bes
ar.

Ceritanya seronok didengar,
Walaupun berulang kali dikata,
Mempunyai tersirat di balik kisahnya,
Supaya diri mengambil ikhtibar.

Tapi aku tahu bahawa masa kian pergi,
Dan kematian menanti di tengahnya,
Aku risau aku gagal membalas segalanya,
Sebelum kau dijemput oleh yang Maha Esa,

Aku risau masanya tidak lama lagi,
Aku takut aku belum puas menatap wajahnya,
Aku gelisah belum berkhidmat padanya,
Aku belum bersedia hidup tanpanya.

Biar aku yang menguruskan segalanya,
Jika sudah tibanya Izrail,
Dari saat syahadah sehingga ke timbusan tanah terakhir,
Biar aku di sisi dirimu.

Ya Allah, ampunkan dosanya,
Rahmatilah dia sebagaimana dia menjagaku sejak kecil lagi,
Biarlah aku yang menanggung dosanya,
Jika itu menjamin syurga untuknya
.

Dirimu satu tiada pengganti,
Walaupun dirimu tiada di sisi,
Walaupun ku jumpa sifat dan wajah serupa,
Tapi ku pasti jiwa,hati dan seman
gatnya tidak setanding denganmu.

Dia yang aku maksudkan,
Adalah Ibu,Ummi,Mama,Emak,
Satu nama tiada ganti,
Yang kasihnya membawa ke syurga hakiki.


















Aku sayang ummi!

Friday, September 11, 2009

Jualan MEGA IN-SOFT


Assalamualaikum... Seiring dengan program-program tarbiyah, IN-SOFT sekali lagi melebarkan sayap ke program "MEMBELI SAMBIL BERAMAL". Antara objektif program ialah untuk mengumpul dana dan dalam masa yang sama menjual produk-produk yang dapat meningkatkan prestasi akademik dan kesihatan. Tidak dilupakan juga, IN-SOFT sentiasa membawa bersama-sama "PALESTINE WE ALWAYS WITH YOU" dengan menjual batch-batch dan mafla Palestin. Dengan ini, insyaALLAH, ia akan menyedarkan para pelajar bahwa isu dan keprihatinan terhadap Palestin bukan hanya isu sementara selagi tanah Palestin dibebaskan...

~Jualan Mega IN-SOFT~
.


~Antara produk yang dijual~
(nak order lagi pun boleh......)



~Khusyuk ingat harga barang~



~IN-SOFT & PALESTINE~




Friday, September 4, 2009

Daurah Ramadhan@Merdeka


Tarikh: 31 Ogos 2009 (Merdeka)
Hari: Isnin
Masa: 8.30 a.m - 5.00 p.m
Tempat: Bangunan Sri Laksamana (SL) UiTM Johor

Dipagi yang hening, sedang insan lain sedang enak dibuai mimpi, perajurit-perajurit In-Soft telah berhimpun dalam sebuah bilik kuliah di SL untuk menjayakan sebuah program yang dinamakan Daurah. Disebabkan pagi-pagi buta macam ni memang 'best' kalau dapat tidur. Maka ramailah perajurit yang terpaksa melewatkan diri hadir ke program ini.
Slot Ustaz suhaimi

Akibatnya, Radzi selaku ketua perajurit merangkap ketua program telah melakukan 'rush' serta menggegar kolej siswa bagi mencari perajurit-perajurit yang dikhuatiri syahid dan tersesat jalan.Maka, mencicit-cicitlah perajurit lelaki berlari ke SL kerana takut kena bambu dengan Radzi. Hehe..
"Eh Kak Nor, buat ape tu?"

Program Daurah ini bukanlah sebuah program sambutan kemerdekaan. Tetapi lebih kepada program pengisian berbentuk ilmiah dan kesedaran untuk ahli-ahli In-Soft. Antara yang hadir memberikan 'talk' dan ceramah ialah Ustaz Suhaimi, Ustaz Narawi dan juga 'x student' UiTM Johor merangkap bekas ahli-ahli In-Soft iaitu Akhi Asrul, Kak Damia dan Kak Zarina.

Pada sebelah pagi, perajurit-perajurit In-Soft disajikan dengan tayangan video-video yang menginsafkan seperti video kebangkitan Islam, kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah, video pembuangan bayi dan lain-lain lagi. Selain dua slot ceramah oleh Ustaz Suhaimi dan Ustaz Narawi yang sangat menarik.


Sebelah petangnya pula, diadakan tayangan filem 'Sang Murabbi' dan juga pengisian-pengisian yang lain. Pendek kata, program pada hari itu memang benar-benar bermanfaat. Sekalung penghargaan kepada jawatankuasa yang telah bersusah payah menjayakan program ini kerana memang sukar menjayakan program diwaktu cuti macam ni tambahan lagi dibulan puasa ini.




Habis sahaja program, ahli-ahli In-Soft pun bersiap-siap untuk memenuhi undangan berbuka puasa diluar. Kami disajikan dengan pelbagai hidangan yang sungguhlah menyelerakan. Pendek kata, 31 Ogos kami pada hari tersebut memang berbaloi-baloi...

Related Posts with Thumbnails