Doa Rabitah

Ya Allah... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Bahwa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan mahabbah kepadaMu, Bertemu untuk taat kepadaMu, Bersatu dalam rangka menyeruMu, Dan berjanji setia untuk membela syariatMu, Maka kuatkanlah ikatan pertaliannya... Ya Allah... Abadikanlah kasih sayangnya, Tujukkanlah jalannya, Dan penuhilah dengan cahayaMu yang tak akan pernah redup, Lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMu, Hidupkanlah dengan ma'rifahMu, Dan matikanlah dalam keadaan syahid dijalanMu... Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.

Monday, August 23, 2010

Sorotan satu semestar, SEM Desember 2009 - April 2010

SOROTAN SATU SEMESTAR

PERHIMPUNAN KARISMA NASIONAL

Tarikh: 25,26 Desember 2009

Tempat: Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara

Beberapa orang ikhwah & akhwat telah menghadiri Perhimpunan Karisma Nasional yang diadakan di Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara. Program ini menghimpunkan seluruh ahli Karisma IPT-IPT di seluruh negara.

Karisma UiTM Segamat atau lebih dikenali dengan nama In-Soft di UiTM Segamat telah menjadi perwakilan dan pembahas untuk perhimpunan kali ini.

DAURAH GUNUNG LEDANG

Tarikh: 9,10 Januari 2010

Tempat: Taman Hutan Lagenda, Taman Negara Johor, Gunung Ledang

JIM Batu Pahat telah menganjurkan program daurah bertempat di Gunung Ledang, Johor. Daurah kali ini disertai oleh beberapa IPT di sekitar Johor antaranya UiTM Segamat, UTHM, Matrikulasi Johor dan lain-lain lagi.

Banyak ilmu dan manfaat yang dapat diambil sepanjang 2 hari program ini. Peserta-peserta telah ditekankan tentang kepentingan usrah dan semangat untuk menyemai fikrah Islam dalam IPT masing-masing.

MALAM PENGENALAN KELAB & PERSATUAN

Tarikh: 18 Januari 2010

Masa: 9.00 pm - 12.00 am

Tempat: Dewan Sri Temenggung

In-Soft tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam Malam Pengenalan Kelab & Persatuan yang dianjurkan oleh MPP UiTM Johor. Dengan tayangan montaj yang menarik dan sedikit ucapan Presiden Kelab In-Soft, alhamdulillah In-Soft telah mendapat penyertaan baru yang amat menggalakkan daripada pelajar-pelajar baru.

MALAM TAUTAN UKHWAH KELAB IN-SOFT

Tarikh: 4 Februari 2010

Masa: 9.00 pm - 11.30 pm

Tempat: SL 104

Sepertimana semester-semestar yang sebelumnya, In-Soft sekali lagi menganjurkan Malam Tautan Ukhwah khas untuk meraikan ahli-ahli baru Kelab In-Soft terutamanya dari kalangan pelajar semester 1. Kedatangan pada malam itu adalah diluar jangkaan.

Ahli-ahli telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Pelbagai aktiviti dilakukan pada malam tersebut seperti sesi taaruf, sedikit permainan, tayangan video dan sesi muhasabah diri. Penasihat In-Soft yang baru iaitu Ustaz Zainodin b. Mustafa telah sudi untuk hadir. Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan ringan iaitu meehon goreng dan air teh buatan Fahmi and the geng.

DAURAH BATU PAHAT

Tarikh: 7 Februari 2010

Tempat: Pejabat Jim Batu Pahat

Beberapa orang ikhwah & akhwat telah berkorban masa, dan wang ringgit untuk mengikuti program daurah di Pejabat JIM Batu Pahat. Walaupun penat mengharungi perjalanan yang agak membosankan selama 2 jam lebih, namun banyak pengalaman yang ditimba sepanjang perjalanan ini. Kata orang “jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman”.

Ikhwah & akhwat bertolak sehari awal memandangkan daurah ini bermula seawal jam 8.00 pagi. Kami telah disambut dengan penuh mesra oleh ikhwah & akhwat Batu Pahat yang kebanyakan mereka adalah pelajar UTHM.

Kami bermalam di rumah mereka dan dilayan dengan penuh kemesraan dan semangat persaudaraan. Esoknya barulah program ini bermula namun kami terpaksa balik awal sebab takut lambat sampai ke UiTM. Huhu. Habis sahaja solat Zohor, kami pun terus cabut sebab takut tertinggal bas.

PEMBUKAAN GERAI SEMPENA MINGGU TERBUKA KOLEJ

Tarikh: 5 Mac 2010

Tempat: Dataran Sri Bendahara

Sempena Minggu Terbuka Kolej (MITEK) UiTM Johor, In-Soft atau lebih tepat lagi Kak Kausar telah mengambil peluang menyewa sebuah gerai jualan dalam MITEK ini. Kak Kausar dengan dibantu ahli-ahli In-Soft yang budiman telah bergilir-gilir membantu menjaga gerai ini.

Antara yang dijual adalah baju, buku, minyak wangi, produk kesihatan, makanan, dan macam-macam lagi.


INI SEJARAH KITA

Tarikh: 6 Mac 2010

Tempat: KERSANI, Segamat

Program Ini Sejarah Kita (ISK) telah diadakan khas untuk ahli-ahli In-Soft bertempat di Kersani, Segamat. Peserta bukanlah diajar tentang sejarah Malaysia atau sejarah dunia, tetapi lebih kepada untuk mengimbau sejarah zaman kegemilangan Islam hinggalah zaman kejatuhannya.

KEM KEINDAHAN BERSAMA-MU (KBM)

Tarikh: 27,28 Mac 2010

Tempat: SL

Sekali lagi Kem Keindahan Bersama-Mu (KBM) berjaya diadakan di UiTM Segamat. Pelbagai halangan dan rintangan terpaksa kami tempuh terutamanya untuk mendapatkan peserta.

Walaubagaimanapun, susah payah kami untuk menganjurkan kem ini terbalas jugak akhirnya apabila melihat sinar keinsafan dalam diri peserta. Semoga sinar keinsafan ini akan terus mekar dalam diri peserta-peserta KBM ini.

USRAH IKHWAH

Tarikh: 11 April 2010

Masa: 9.30 pm -11.30 pm

Tempat: Pondok Kolej Sempana Riau

Ikhwah In-Soft telah berjaya juga akhirnya untuk mengadakan usrah kecil-kecilan yang pertama dan terakhir untuk sem ini. Erm, lebih baik ada daripada tiada. Betul tak? Alhamdulillah, banyak juga manfaat yang dapat diambil sepanjang sesi borak-borak & perkongsian tersebut.

Usrah diserikan lagi dengan majlis makan-makan dan kunyah-mengunyah. Makanan ringan dan ‘jajan2’ yang dihidangkan cukup mengenyangkan. Namun, apa yang lebih penting adalah ilmu yang didapati daripada usrah ini.

DINNER IN-SOFT

Tarikh: 13 April 2010

Masa: 9.30 pm – 11.30 pm

Tempat: SL 219

Satu lagi program yang tidak disangka-sangka dapat dilakukan pada semester ini ialah Dinner In-Soft. Erm, sebenarnya segan nak sebut dinner sebab majlis ini memang tiada rupa dinner langsung. Hanya majlis makan-makan dan borak-borak sahaja.

Apa yang best ialah menu makanan adalah mengikut tema hari raya iaitu nasi impit, kuah kacang, lontong dan lain-lain menu yang entah apa-apa seperti dorayaki, nasi putih, telur dadar dan yang sewaktu dengannya. Tahniah kepada Lukman Nurhakim yang telah mencetuskan idea untuk menganjurkan dinner ini.

Begitulah serba sedikit sorotan sepanjang semester Desember 2009 - April 2010 ini. Banyak kenangan, halangan, rintangan dan suka duka yang dilalui sepanjang semester ini. Semoga Kelab In-Soft akan terus maju, cemerlang, gemilang, dan terbilang dalm usaha menyebarkan dakwah dan fikrah Islam di bumi UiTM Segamat, Johor ini. Buat yang terakhirnya, “MAJULAH IN-SOFT UNTUK ISLAM”.
Related Posts with Thumbnails