Doa Rabitah

Ya Allah... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Bahwa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan mahabbah kepadaMu, Bertemu untuk taat kepadaMu, Bersatu dalam rangka menyeruMu, Dan berjanji setia untuk membela syariatMu, Maka kuatkanlah ikatan pertaliannya... Ya Allah... Abadikanlah kasih sayangnya, Tujukkanlah jalannya, Dan penuhilah dengan cahayaMu yang tak akan pernah redup, Lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMu, Hidupkanlah dengan ma'rifahMu, Dan matikanlah dalam keadaan syahid dijalanMu... Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.

Tuesday, February 17, 2009

Imbasan Program "KBM"

Alhamdulillah…

Program “Keindahan Bersamamu” baru melabuhkan tirainya tepat jam 1.00 petang pada 15hb yang lalu. Sambutan amat memberansangkan walaupun peserta ada yang keluar masuk. Tahniah dan terima kasih diucapkan pada Team KBM Excellent. Antara yang menjayakan KBM kali ini ialah Abang Bai,Kak Sodd,Kak Yong, Kak Im dan Abang Wan.

Berikut adalah sedikit laporan KBM:

Rata-rata semua slot yang diberikan memberi effect pada semua peserta. Dari slot KMKY, Nikmat Oh Nikmat,In-Team dan yang lain.

Walaupun sedikit kelewatan dalam menjalankan semua slot seperti waktu yang ditetapkan tetapi semuanya berjalan lancar walaupun pada satu ketika nampak sedikit suasana kelam kabut dan huru hara. Almaklumlah 1st time buat KBM dalam kampus Segamat.

Pagi pada hari terakhir rata-rata peserta datang lambat.mungkin kerana lewat tidur dan masih kepenatan. Tetapi semangat yang ditunjukkan sangat luar biasa.

Syabas dan tahniah buat adik-adik yang sememangnya terpilih sehingga tamat program tersebut.

Daripada borang kaji selidik UiTM, semua peserta memberi komen yang baik dan menyentuh perasaan. Antaranya:

  1. Mintak tlg sgt2 kalau blh wat KBM ni 2 bulan sekali...
  2. Harap KBM ni dapat jadi program wajib UiTM segamat suatu hari nanti
  3. Program yang sgt menarik dan mohon pihak HEP menyokong program ini dan sebarang program Islamik diluluskan tanpa sebarang keraguan.
  4. Fasi-fasi yang sangat mantap.Tahniah..

Disebalik tabir KBM:

Sememangnya sebelum berjayanya membawa KBM dalam kampus, pelbagai cabaran dan halangan terjadi.

Agak lambat juga buat promosi mengenai KBM ni sebab beberapa masalah di pihak atasan di mana pada saat-saat akhir borang permohonan kelulusan program telah “hilang”. Akibatnya,hanya tinggal beberapa hari untuk mengumpul semua peserta yang berminat.

Antara usaha-usaha yang boleh dikatakan menarik untuk berkongsi ialah:

1- Usaha menampal poster program telah dilakukan pada 10hb. Katanya sehingga pukul 1.00pagi beberapa orang akhwat sektor B menampal di seluruh kampus. Akibatnya, hujan poster KBM telah berlaku di mana seluruh pelusuk UiTM ada poster KBM termasuk board di kolej masing-masing.

2- Sehari sebelum hari kejadian, comfirmation tempat dan peralatan dilakukan di unit fasiliti. Yang mengejutkan katanya dewan yang kami tempah rupanya clash dengan program PTPTN. Rasa macam nak nangis tapi Alhamdulillah rupanya program tersebut dibatalkan.( Buat gempak je)

3- Saat-saat akhir iaitu malam 13hb beberapa orang akhwat dan ikhwah tidak jemu-jemu mengetuk dari bilik ke bilik untuk mempromosikan KBM. Rasanya sampai pukul 12.00 mlm.
Tetiba ikhwah dapat idea berniaga sambil mempromote. Antara barang yang diniagakan ialah “roti sosej” (rupa-rupanya idea yang pelik-pelik boleh muncul pada saat-saat akhir.)

4- Kejadian tersebut berlaku sambil menunggu rombangan dari k.l datang. Dalam keadaan yang kepenatan, akhirnya tempat penginapan untuk kakak-kakak fasi diubah memandangkan bilik Tiqa yang kosong. Lagi selesa daripada di surau Intan. Aktiviti mengemas bermula dan beberapa minit kemudian rombongan tiba.

5- Malam tersebut pukul 4.oo pagi baru kami tidur. Sebelum tidur sekali lagi aktiviti comfirmation dilakukan.

6- Pagi tarikh kejadian peserta datang sedikit terlewat tetapi amat memberansangkan. Jauh dari apa yang kami bayangkan. (syukur ya tuhan)

7- Makanan: mengenai makanan pula, kejadiaan yang tidak mungkin dilupakan terutama bagi (k.Nur dan k.Khadeeja) apabila kami terpaksa membantu pak cik benteng MEMASAK DI DAPUR!!! Ini disebabkan beberapa masalah pak cik tersebut dengan pekerjanya. Inilah punca mengapa makan malam pada 14hb tersebut sangat lewat dari waktu yang sebenar. Huhu.

8- Selepas habis slot MAM kami mengemas dewan sedikit sebelum balik ke bilik.

Yang lain-lain mungkin akan ditambah oleh ahli yang lain. Gambar dan vidoe akan menyusul kemudian. harap bersabar yer....

Yang sangat Menarik: YDP in-soft pun kena jadi peserta..huhu

Nama Kumpulan: BAWAL GORENG,AL-FIQH,EXORA,SOLEMPOI,AN-NISA',...(nama yang lain- lain tu terlampau mantap sampai dah terkeliru nak mengeja)

:: Kak NuR::
TPSM IN-SOFT




No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails