Islamic Society of United Teenagers (IN-SOFT) UiTM Johor
"Dalam Kelembutan, Satu Barisan, Menuju Perubahan"
Doa Rabitah
Ya Allah... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Bahwa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan mahabbah kepadaMu, Bertemu untuk taat kepadaMu, Bersatu dalam rangka menyeruMu, Dan berjanji setia untuk membela syariatMu, Maka kuatkanlah ikatan pertaliannya... Ya Allah... Abadikanlah kasih sayangnya, Tujukkanlah jalannya, Dan penuhilah dengan cahayaMu yang tak akan pernah redup, Lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMu, Hidupkanlah dengan ma'rifahMu, Dan matikanlah dalam keadaan syahid dijalanMu... Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.
Friday, March 23, 2012
Paradigma Dakwah
Thursday, January 12, 2012
Suruhan Tuhan! Antara tuntutan & keikhlasan...
Kakak : Akak ni tak tutup aurat pun masih jaga tatasusila tauuu ... Kawan adik tu , kakak dia tu ada pakwe... Haa... walaupun tutup aurat tapi dok berpegangan tangan bila dating .. Baik toksah pakai tudung tau... lagi teruk dari orang tak pakai tudung.. huh
Adik : Oh .. macam tu ke ... kalau gitu tak yah solat gak la kan ... tak yah puasa ... yeahooo.. bestnyaaa...
Kakak : Eh.. mana boleh ... puasa , solat tu kan wajib... tuntutan agama ..
Adik : Tutup aurat tu tak wajib ke kakak ?
Kakak : Wajib ... tapi bila nak buat tu , kena la ikhlas... kalau tak ikhas , tak guna .. tak dapat pahala ...
Adik : Ooo... kalau cam tu sama la kak.. tak yah puasa , tak yah solat.. sbb adik tak ikhlas lagi.. Kawan adik tu puasa sebab nak kurus .. nak diet jer .. bukan sebab Allah pun .. kan kan ..
Kakak : Erkk...
Saturday, October 8, 2011
Paku-Paku Di Tiang
Monday, June 27, 2011
SELEMBAR BULU MATA
Tiba-tiba, mata berbicara, "Saya yang memandang." Disusuli oleh telinga, "Saya yang mendengar." Hidung pun tidak ketinggalan," Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang menghisap." Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan memegang." Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari tidak ketahuan." "Nah.. kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat. Ia putus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi bakal dihumban ke dalam neraka jahanam.
Tatkala itu, sekonyong-konyong terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya. "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi". "Silakan..", kata malaikat. "Terus terang saya katakan, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang sunyi... aku pernah dibasahi dengan air matanya ketika dia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji.... bahawa apabila ada seorang hamba bertaubat, walaupun selembar bulu matanya sahaja yang dibasahi air mata, diharamkan baginya api neraka? Maka saya selembar bulu matanya berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."
Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut telah terlepas dari seksaan azab api neraka dan dihantar ke syurga. Sehingga terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga, "Lihatlah hamba Tuhan ini telah masuk ke syurga kerana pertolongan selembar bulu mata."
Saturday, March 26, 2011
KAU MEMBUAT AKU BERZINA DENGAN MU
Sentiasalah mencuba untuk jadi yang lebih baik, kerana kita tidak tahu apa kesudahan hidup kita
Saturday, March 12, 2011
Jangan Nafikan Hak Orang Lain
Situasi 1
Seorang guru atau pensyarah sedang mengajar di hadapan dengan penuh keikhlasan. Beberapa orang pelajar di bahagian hadapan sedang memberi tumpuan di dalam kelas.
Malangnya segelintir pelajar di bahagian belakang kelas sedang sibuk bersembang dengan rancaknya, malah sehingga mengganggu pengajaran guru di hadapan sekaligus mengganggu pelajar-pelajar yang sedang memberi tumpuan.
Situasi 2
Seorang pengunjung A sedang makan tengahari di sebuah kedai makan di bandar ibu kota. Dengan perut yang tengah lapar, maka pengunjung A tadi terus memesan makanan yang disediakan di dalam menu. Selang beberapa minit, hidangan pun sampai, maka pengunjung tadi pun memulakan suapan pertamanya.
Kemudian datang seorang pengunjung B lagi menghampiri kedai dan duduk di meja belakang pengunjung A lalu memesan hanya minuman. Sementara menunggu minumannya sampai, pengunjung B tadi mengeluarkan sekotak rokok dari poketnya lalu mengeluarkan sebatang rokok, lalu dihidupkan pemetik api untuk menyalakan rokoknya. Pengunjung A yang sedang menikmati juadahnya terus hilang selera disebabkan asap rokok tadi.
Bagaimana perasaan sahabat-sahabat jika perkara ini berlaku pada diri kita sendiri?
Dua situasi di atas mungkin pernah berlaku pada diri kita, mungkin di dalam kelas dan mungkin juga di kafe-kafe atau gerai makan. Mungkin perasaan geram, marah dan sebagainya akan timbul dalam diri kita dan mungkin juga sumpah seranah dan makian yang terkubur dalam hati yang tak mampu untuk diluahkan secara kasarnya.
Pernahkah orang yang melakukan perkara-perkara itu mengendahkan kehadiran kita?
Dunia ini bagaikan mereka yang punya, suka hati merekalah nak lakukan apa saja yang mereka suka, mereka nak bising ke, nak hisap rokok berpuluh-puluh batang ke, terpulang pada diri mereka. Mungkin itulah jawapan yang paling tepat yang boleh dikatakan bagi pihak mereka.
Jika dilihat dari perspektif kita mungkin mereka ini boleh digolongkan dalam golongan yang sebenarnya menafikan hak orang lain. Apabila menyebut menafikan hak orang lain, maka istilah yang boleh saya katakan tepat untuk mereka ialah zalim.
Kenapa Zalim?
Apabila kita meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya maka itu dikira zalim. Seorang yang membuat bising di dalam kelas ketika mana guru sedang mengajar dan pelajar lain sedang menumpukan pada pengajaran guru dikira zalim kerana dia telah menganggu hak guru yang sedang mengajar dan pelajar lain yang sedang belajar.
Manakala seorang perokok dikira zalim kerana dia telah menafikan hak orang lain untuk menghirup udara segar yang diciptakan oleh Allah kepada setiap makhluk di muka bumi ini.
Tidak tepatkah andaian ana ini?
Ketika mana kita sedang seronok dengan perbuatan kita, orang lain sedang sengsara dengan perbuatan yang kita lakukan. Adilkah begitu wahai sahabat-sahabat?
Saya tinggalkan persoalan terakhir ini untuk kita sama-sama muhasabah diri kita semula, mungkin banyak lagi perkara yang kita dah nafikan hak orang lain, cuma dua perkara ini yang hendak saya ketengahkan.
Cuba kita fikir-fikirkan semula, pernah tak kita nafikan hak orang lain. Wallahualam..