Cukup menusuk atma..
Apa yg membisik kamar hati.. tiada pasti…
Tidak termampu tuk difahami.. apa lagi utk diketahui
dalam kesamaran..
Kerana cinta ini,
Masih belum terserah 100% pada NYA
Sedangkan DIA yang setia di sisi..
Mengapa terlalu kejam terhadap NYA
DIA yang lg memahami diri ini
Yang sentiasa menyuluh cahaya
Ketika dalam kegelapan..
Dalam kesamaran,
DIA yang memimpin..
Alangkah kejamnya diri terhadap NYA
Betapa tiada mengenangi DIA
Malulah pada diri..
Kita menyerah cinta buat yg tidak pernah setia,
Apa yang kita mahu…
Semua DIA berikan..
Cuma kita yang tidak pernah mengenang..
Jahatnya kita..
Kejamnya kita..
Zalimnya diri ini..
Maaf wahai SANG PENCINTA
betapa KAU dilupai..
Tatkala senang..
Tatkala tergoda..
Tatkala terleka..
Malunya pada diri MU..
Surat cinta MU..
Tak pernah dibalas..
Dan tak terbaca segala isi kandungnya..
Apa lagi dihayati,
Tak pernah diselami akan CINTA MU terhadap diri..
Mengapa tak pernah KAU putus asa mencintai diri ini..
Sedangkan cinta MU x pernah dibalas..
kita mengemis cinta pada mereka..
Dengan mudah menyerah cinta pada mereka..
Sedangkan KAU dengan tabah..
Setia terus menabur kasih buat diri ini tanpa jemu..
Mengapa kita buta..
Mengapa kita alpa..
cubalah utk menyerahkan cinta kali ini buat DIA..
Terima kasih..
Kerana KAU sentiasa memah
ami akan diri ini..
Terukir surat cinta ini khas buat MU..
Kerna ingin miliki cinta MU..
Ingin terus didampingi oleh diri
MU
Ingin terus dikasihi MU
Ingin terus di bawah naungan MU.
Ingin terus disisi MU
Ingin terus di bawah payung MU
Ingin KAU menjadi milik ku selamanya
…
Ya ALLAH Tuhan Yang Agung..
Mahabbah 'ala Allah.. Aminn...
KEMBALILAH MENCARI CINTA ALLAH SESUNGGUHNYA DI SANA ADA KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN YANG DI CARI.
ALLAHUMMA INNA NASALUKA HUBBAK.
No comments:
Post a Comment