Doa Rabitah

Ya Allah... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Bahwa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan mahabbah kepadaMu, Bertemu untuk taat kepadaMu, Bersatu dalam rangka menyeruMu, Dan berjanji setia untuk membela syariatMu, Maka kuatkanlah ikatan pertaliannya... Ya Allah... Abadikanlah kasih sayangnya, Tujukkanlah jalannya, Dan penuhilah dengan cahayaMu yang tak akan pernah redup, Lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMu, Hidupkanlah dengan ma'rifahMu, Dan matikanlah dalam keadaan syahid dijalanMu... Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.

Wednesday, February 9, 2011

Laporan AGM@MTU IN-SOFT sem Dec 2010 - Apr 2011

Alhamdulillah pada 23 Februari 2010 yang lepas bertempat di bangunan Sri Laksamana Hang Tuah (SL 004 – SL 007), di UiTM Johor kampus Segamat, Kelab In-Soft telah berjaya menganjurkan Annual General Meeting (AGM) atau lebih mesra disebut Malam Tautan Ukhwah (MTU) khas untuk ahli-ahli baru dan juga lama.

Mendengar dengan taat...

Dengan diketuai Cik Aza selaku Naib Presiden In-Soft merangkap pengarah program, majlis ini dapat dijalankan dengan penuh gemilang dan terbilangnya seperti yang telah dirancang. Akhi Fadzil telah dipilih khas selaku pengacara majlis disebabkan kredibilitinya yang tidak dapat disangkal lagi.



Encik Pengacara Majlis...

Ustaz Zainodin tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Maka terpaksalah Ustazah Siti Aisyah menjadi bidan terjun hadir ke majlis ini selaku wakil penasihat Kelab In-Soft. Majlis dimulakan dengan sesi tayangan montaj kelab In-Soft dan montaj sewaktu Malam Pengenalan Kelab & Persatuan (MPKP). Montaj kelab In-Soft telah disediakan oleh akhi Amar & Arif dengan penuh gempaknya sehingga memukau semua hadirin. Manakala montaj MPKP pula telah disediakan oleh Tuan Presiden iaitu akhi Fakhrul. Berbakat rupanya Tuan Presiden In-Soft ni.


Encik Presiden sedang menyampaikan amanatnya...


Siapa budak baik angkat tangan!!!...

Akhi Fakhrul telah memberikan ucapan serta penerangan berkaitan Kelab In-Soft ini kepada ahli-ahli yang hadir. Barisan tanzim (penggerak@ajk) juga telah diperkenalkan kepada semua ahli. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan dari penasihat baru Kelab In-Soft iaitu Ustazah Siti Aisyah. Antara aktiviti yang lain pada majlis ini ialah ‘game’ yang bertujuan memberikan sedikit kelainan dalam AGM ini. Permainan ini dibuat sebagai salah satu bentuk taaruf disamping untuk merapatkan ukhwah antara ahli.


Ape la yang dibincangkan tu ye...



Control ayu masing-masing ye...


Hah!!! Bergosip ye... Haha..


Macam tengah berdemonstrasi je...

Selepas itu, ahli-ahli telah dipertontonkan dengan sebuah video keinsafan. Saudari Aishah telah membuat ulasan berkenaan video tersebut dan memberi sedikit tazkirah sebagai makanan rohani kepada semua. Kemudiannya, semua ahli berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Iktiraf.

Menyanyi dengan penuh penghayatan...

Majlis berakhir dengan sesi makan bihun goreng yang menjadi menu tetap dan berpencen bagi setiap semester. Bila la agaknya MTU In-Soft ni akan disajikan dengan ayam panggang ke, satey ke. Huhu. Apapun, majlis pada malam tersebut telah berjalan dengan jayanya.



Chef pencedok makanan...



Makan meehon dengan penuh penghayatan...

3 comments:

  1. salam
    excited tengok korang MTU nih. 5 sem, akak never miss! hehe

    kepada tanzim, bekerja untuk Allah, dan kerana Allah. Chaiyo'!!!

    ReplyDelete
  2. W'salam.. Best tau.. Rugi x join.. MTU kali ni sgt different.. Insyaallah, kami ingat pesan akak tu..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails