Doa Rabitah

Ya Allah... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Bahwa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan mahabbah kepadaMu, Bertemu untuk taat kepadaMu, Bersatu dalam rangka menyeruMu, Dan berjanji setia untuk membela syariatMu, Maka kuatkanlah ikatan pertaliannya... Ya Allah... Abadikanlah kasih sayangnya, Tujukkanlah jalannya, Dan penuhilah dengan cahayaMu yang tak akan pernah redup, Lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMu, Hidupkanlah dengan ma'rifahMu, Dan matikanlah dalam keadaan syahid dijalanMu... Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.

Monday, April 26, 2010

Bingkisan akhir semestar...

Perjuangan menuntut kesabaran. Sekali berjuang bererti selamanya dalam kepahitan. Islamic Society of United Teenagers atau lebih dikenali dengan nama glamornye IN-SOFT menyusuri wadah perjuangan ini untuk bersama-sama membangunkan fikrah islam didalam kampus UiTM Johor.

Pelbagai halangan dan rintangan yang terpaksa kami lalui untuk terus bertahan dalam wadah ini. Matlamat kami adalah satu, iaitu untuk menyemai fikrah islam di dalam kampus disamping bersama-sama memperbaiki diri untuk menjadi muslim yang terbaik.

Berjayakah kami dalam perjuangan ini? Teringat satu kata-kata atau firman (x sure) yg berbunyi, "Sesungguhnya Allah tidak memandang hasil seseorang tetapi Allah memandang usaha yang telah kita jalankan." Namun, berusahakah kami? Mungkin ya, tapi sejauh manakah usaha itu.

Alangkah indah kiranya dapat hidup dalam satu jemaah yang saling berkasih-sayang, saling bantu-membantu dan nasihat-menasihati dalam perkara kebaikan. Ahli silih berganti. Ada yang masih kekal bersama, tenggelam timbul, tak kurang yang langsung tak muncul-muncul. Dimana silapnya? Teringat satu lagi kata-kata yang biasa kita dengar.. "Yang baik semuanya datang daripada Allah, yang buruk datangnya daripada diri kita sendiri selaku hamba Allah yang hina."

Semestar Desember-April 2010 hampir melabuhkan tirainya. Alhamdulillah, sedikit sebanyak kami berjaya melakukan beberapa program untuk ahli-ahli disebalik kesibukan dan pelbagai masalah serta rintangan. Namun, agak mengecewakan kerana kami kurang berjaya untuk meng'usrah'kan ahli-ahli baru. Moga semestar depan akan lebih baik dan IN-SOFT akan lebih bersemangat dalam menyusuri medan pentarbiyahan ini.

Kepada ahli-ahli IN-SOFT yang baru dan lama, yang tenggelam dan timbul, dan yang tenggelam dan tak timbul-timbul, maafkan kami andai kami tidak mampu menjadi seperti yang apa kalian harapkan. Kami sudah cuba melakukan yang terbaik, namun kami juga lemah dan mempunyai kekurangan.

Kepada barisan penggerak IN-SOFT dan mereka yang pernah secara langsung atau tidak langsung dalam menggerakkan wadah ini, terima kasih yang tidak terhingga atas usaha dan jasa kalian. InsyaAllah ada ganjarannya disisi Allah diatas pengorbanan kalian dalam agamanya. Yang penting ikhlaskan niat, dan teruslah berjuang untuk agama Allah. Andai kita mati dan Allah bertanya, "Apakah yang telah kau perbuat untuk agama-Ku?" Maka kita ada jawapannya.

Teruslah meyokong IN-SOFT sebagai sebuah medan pentarbiyahan untuk diri kita. Kira rapatkan kembali ukhwah yang sedia terjalin, dan teruslah bersama kami untuk kita sama-sama memperjuangkan agama Tuhan ini disamping bersama-sama memperbaiki diri. InsyaAllah.

3 comments:

  1. salam..terharu dengan posting nie..Syukran yang teramat pada sahabat2 n adik2..

    ReplyDelete
  2. salam..ahaaa..sweet memory kan kak nur ^__^

    ReplyDelete
  3. Salam..

    fuh, agak touching disitu..

    buat adik2 yg dikasihi Lillahi Ta'ala,

    keluar masuk ahli adalah 1 proses tapisan dari Allah, utk memilih dan mengekalkan mereka yang benar2 ikhlas dan berkualiti utk berjuang dijalanNya.

    proses ini akan berjalan setiap masa tanpa henti. maka berhati-hatilah sentiasa, jgn dek kerana ujian yg secebis cuma membuatkan kita lemah dan terkeluar dari tapisan ini.

    jalan ini memerlukan pengorbanan yg sangat tinggi. pengorbanan jiwa, perasaan, harta, penat lelah malahan jiwa.

    kerana itu pentingnya sahabat2 sefikrah yg sentiasa mengingatkan dan memberi sokongan..


    ~peringatan utk diri sendiri~

    moga sama2 terus terpilih utk kekal dijalan Al-Haq ini..Amin..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails