Doa Rabitah

Ya Allah... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Bahwa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan mahabbah kepadaMu, Bertemu untuk taat kepadaMu, Bersatu dalam rangka menyeruMu, Dan berjanji setia untuk membela syariatMu, Maka kuatkanlah ikatan pertaliannya... Ya Allah... Abadikanlah kasih sayangnya, Tujukkanlah jalannya, Dan penuhilah dengan cahayaMu yang tak akan pernah redup, Lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMu, Hidupkanlah dengan ma'rifahMu, Dan matikanlah dalam keadaan syahid dijalanMu... Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.

Saturday, January 10, 2009

Apakah engkau mempunyai hati dan perasaan?

"SELAMATKAN PALESTIN! JAHANAM YAHUDI! BANGSAT AMERIKA!"

Laungan-laungan inilah yang kerap kita dengar seminggu dua ini. Bumi anbia Palestin dirobek dan dicabul lagi. 2008 ditolak 1948. Jawapannya 60 TAHUN! Selama 60 tahun, rakyat Palestin hidup dalam ketakutan, didiskriminasi oleh perkataan "Hak Asasi Manusia" yang kononnya diperjuangkan PBB, tetapi di mana pelaksanaannya? DI MANA PBB? MANA "HAK ASASI MANUSIA" KAMU?

Rejim Zionis kini bagai singa lapar yang sanggup memusnahkan hutan belantara semata-mata mendapatkan mangsanya. Sukarelawan yang ikhlas membantu mangsa perang dibunuh. Kanak-kanak, wanita dan orang tua menjadi sasaran peluru mereka. Makanan, minuman dan bantuan disekat daripada memasuki Gaza. Rakyat Palestin merintih di bumi ibunda.

Apa yang kita lakukan di sini? Apakah kita rasa penderitaan kita? Ternyata rakyat Islam Malaysia prihatin akan nasib saudara kita.

Di Georgetown, mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) membuat perhimpunan. Di Kuantan, mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Kuantan dan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) berhimpun mengutuk rejim zionos biadap itu. Di Tanjung Malim, pelajar dan kaki tangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkumpul menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap Israel.

Di Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat membuat demonstrasi membantah kekejaman Israel dengan memijak gambar George Bush dan Ehud Olmert, Presiden Israel. Di Johor, demonstrasi dilakukan di pelbagai daerah selepas solat hari jumaat.

Bagaimana di UiTM Johor? Alhamdulillah. Kamu semua memang baik. Solat hajat sempena mendoakan keselamatan Palestin yang diadakan pada 8 Januari 2009 menunjukkan mahasiswa UiTM JOhor prihatin akan nasib saudara mereka. Tahiniah di ucapkan kepada ahli IN-SOFT (Islamic Society of United Teenagers) kerana sanggup menganjurkan solat hajat tersebut. Tidak ketinggalan Imam Besar UiTM Johor, Ustaz Asrul Izwan kerana mengimami solat hajat tersebut. Juga kepada Pengarah, Prof. Kamil sehingga staf-staf UiTM Johor kerana menyokong solat hajat ini. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kamu semua.

Kini, IN-SOFT dalam perangkaan untuk mengadakan kutipan derma bagi rakyat palestin. Kami mengadakan kutipan di bawah panji AMAN PALESTIN. Kutipan kami akan disumbangkan ke dalam akaun AMAN PALESTIN dan insya-Allah mahasiswa/i UiTM Johor mampu menyumbangkan seikhlas mungkin wang supaya dapat membantu saudara kita di sana.

Dengarlah nukilan ini,

Darah mereka, darah kami,
Sakit mereka, sakit kami,
Maruah mereka, maruah kami,
Wahai saudaraku,
Berdoalah kepada Ya Rabb,
Agar memberi perlindungan kepadamu,
Doa dikirim, bantuan dihulur,
Percayalah, perjuangan pasti ada berpenghujung,
Dan kemenangan pasti engkau JUNJUNG!!!

TAKBIR! ALLAHUAKBAR!
TAKBIR! ALLAHUAKBAR!
TAKBIR! ALLAHUAKBAR!

oleh: Muhammad Hazimi bin Zaini
Yang Di-Pertua IN-SOFT

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails